Monday, December 31, 2012

apa salah bulat,..

mid term untuk pelajar diploma UiTM..

seminggu yang sangat berharga buat kami,. dan pada mana2 cuti sekali pun adalah sangat beharga bagi kami,.. masa cuti selalunya di habiskan dengan masa merehatkan diri dan juga menenangkan diri iaitu tidur,..
    dan tidak lupa juga pada yang seronok menghabiskan duit PTPTN dengan alasan,.
"ala.. dah ade kat diakaun lahh...xkan xnak guna kot.." *ehh,..tetttttttttt

dan aku,..
pastinya terlibat sama dalam gejala badun lewat pada waktu cuti,.. *hehe

selepas menghadap buku yang penuh dengan bahasa dan penat mengextract segala2nya,.. aku tertidur,. hari itu...
~ rabu / 26 disember 2012~
kisah tragis si bulat.. a.k.a kucing kesayangan bapak aku

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  .. . . . . . . . . . . . . .

"miau...3"
kedengarannyaring bunyi anak kucing,.. sayup2 dari tepi jalan,..

"bunyi ape tuh bah" .. mak
ayah .. " anak kucing,.." dengan mata melilau ke sekeliling,..

berbekalkan parang kontot,.. ayah mencari kelibat seekor anak kucing,.. dan mak,.. ya mak
dia sudah jumpa.. pendengarannya yang peka sangat membantu,..
*seekor anak kucing.. di dalam tayar kereta ditepi jalan,.. luar dusun .. berdekatan dengan haighway,..

"kesianye... " mak
ayah.. " kita bawak balik je la. "

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


seumur hidup aku,.. belum pernah lagi aku tengok ayah bersungguh2 menjaga seekor kucing,.. temat tidurnya,.. makan minumnye,.. semuanya terjaga.. *ini pelik,.. sumpah aku xtipu

.. tapi kesinan bulat,..
waktu sampai rumah,.. badannya kurus,.. cengkung,.. matanya berair,. hidung dan mulutnya luka,..
sangat takut dengan orang,.. tidak peramah,..habis bekas makanan ditumpahkannya,.. tidurpun xmahu,.. asyik mengiau jee.. *tensen aku sebb kandang dia kat luar bilik aku je,..==''

waktu diberikan makannan,.. dia makan dengan pelahap,..* makan mcm xpernah jumpa makanan,.. dan suka menjilat jari,..*ini bukan tagline kfc sedap sehingga menjilat jari,.. harap maklum..
 mak kata bulat masih menyusu,.. kesian bulat,.. hendak diberikan susu lembu nanti kecacingan,..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . .. . . . . . .. .. ..  . . . .. . . .. . . .. .
matanya bewarna hazel,.. cantik dan bulat,.. dari situlah aku petik namanya,..
masuk hari ke-3 bulat dah mula mesra,.. sangat manja,.. suka bermain,.. suka mengexplore rumah,. dan juga,.. suka menumpahkan air dari bekas minumannya,.. *yang ini geram.

apa pun,.. bulat mengingatkan aku kembali kepada momel,.. kucing kesayangan aku,..
..
ini bukan masalah yang sebenarnya,.. 
... masalahnya....

apa sebenarnya salah bulat?..
kenapa dia dibuang,..
untung mak dan ayah jumpa,.. kalau tak
mungkin sudah leper dilanggar lori,..
atau menjadi makannan ular sawa di kebun tu..
sudahlah mukanya luka..
mungkin dicederakan tuannya,.. *bekas tuannya,..
atau kesan digigit kucing lain,.

apa salah bulat,..
kucing yang masih kecik dan menyusu tuh dibuang sendirian,.. *kalau nak buang tuh buang lah dengan mak2 dia sekali,..
sudahlah ditinggalkan kelaparan,.. walawei,.. ringan kot badan dia,.. masuk ladam parit pon boleh dihanyutkan air,.. =.="

aku xrasa pun bulat salah apa2,.. anak kucing yang masih belum tahu cari makan dibuangnya,.. mane pergi sifat kemanusiaan ??.. xkan xboleh nak fikir kot,..
sampai sekarang aku masih xfaham,.. perlu ke untuk menganiaya haiwan.. ada yang bencikan haiwan sampai sanggup untuk mencederakannya,..
tapi kenapa ...
kenapa ya,..??...

Wednesday, December 19, 2012

kita xselamanya bersama

dear blogger,..

kita xselamanya bersama,..
kenapa?..
mungkin kita hari ini punya kawan yang sehati sejiwa,
mungkin hari ini kita punya saudara di samping kita,
mungkin hari ini kita punya ibu bapa yang sangat menyayangi kita...

tapi kita xselamanya bersama,
pernahkah kita fikirkan,
setiap permulaan pasti ada pengakhirannya,
setiap yang hidup pasti akan pulang kepangkuannya.

mungkin hari ini, esok atau lusa,
kita akan terpisah,
oleh jarak dan masa,
oleh minda mahupun hati,
hidup ataupun mati,
kerana kita xselamanya bersama,
bukan segala-galanya sama,
buat kita.

terfikir pada si putihnya otak,
terlintas padanya si kotak hati,
sekiranya kita tidak bersama lagi,
apa yang harus aku lakukan,
apa yang mampu aku lakukan,
sekiranya hari ini masih xmampu untuk berdikari sendiri,
sekiranya hari ini masih menongkat pada bahu yang lain,

terbanyang jiwa yang terkontang-kanting pada hari esok,
sendiri,
sepi,
sunyi,...
tanpa teman,
tanpa sesiapa disisi,..

ya,
kita xselamanya bersama,
tapi aku xberharap kita berpisah,
meski perpisahan itu tetap akan terjadi,
kerana yang datang pasti akan pergi.

kita xselamanya bersama,
tapi "dia" tetap disisi kita,
sama ada kita alpa mahupun leka,
meski kita kecewa mahupun gembira.

meski esok kita tidak bersama,
meski esok bukan milik kita,
meski hari ini kita bertemu,
meski hari ini kita bersatu,
dia tetap ada,
jangan kita lupa,
pada pencipta yang maha esa,
pada pencipta yang maha kuasa,

kita xselamanya bersama,
bukan bermaksud kita sendiri selamanya,
ingatlah padanya,
mohonlah padanya,
dia yang maha besar, pengasih dan penyayang.
cinta yang agung,
dia yang satu.

usah khuatir jika aku menghilang hari ini,
usah risau jika mereka pergi esok,
sekiranya kita sudah bersedia pada takdirnya,
sekiranya kita tetap percaya padanya,
sekiranya kita berpegang pada agamanya,
dia pasti ada menemani kita,
kerana kita xselamanya bersama..

Thursday, December 13, 2012

5 untuk 5

hari ni aku pasrah,..
apo kono lah den xbuleh nak daftar subjek niyh hahh,.. leceh kebeno nyee...
jadi,.. kemungkinan besar cheq amik 5 subjek "jerkkk" untuk sem niyh,.. chehh,.. terkeluar dari landasan dan terpaksa hard working terlebih untuk sem depan!!!... ini menyampah.. =="

 dan kerana itu,.. aku berjanji kan menumpukan sepenuh perhatian kepada 5subjek yang aku amik niyh,..
CSC134, QMT245, CHM257, CHM160, PHY210...

bersama itu,.. aku akan menjadi,..
hardworking, punctual, positive, creative, and out of box,... *erkkk

5 untuk 5..
mampu ke untuk aku mendapatkan DL untuk sem niyh?.. harapannye dapatlah kan,..
dan berharap,.. agar semangat ini terus kekallah sampai habis sem... terus sampai sem depan,..

dan untuk phy150..
aku akan usahakan agar aku dapat daftar lah,.. pun boleh lahh,..
haisshhh,.. susahlah kalau bekerja dengan computer niyh,.. kadang2 ok,.. kadang2 gile semacam,.. bile gile dia datang,.. system broken lebih teruk dari otak manusia yang dah ............ tuh..

demi itu,. dan demi ice cream ,.. ehh.
aku akan study,.. study study, study,.. study,.. study..................... . . .. . ...      . . .   . . Zzz

ok bye,..
xoxo
~annie~

Tuesday, December 11, 2012

benci

dear blogger,..
yang ni aku nak marah,.. arghhhhhhh,.. benci benci benci,.
aku paling benci bile jadual tukar bile aku tengah sedap2 senang lenang dengan jadual yang ade,.. duh!!!,.. rase nak baling je semua barang depan mata,.. benci benci bencinyee!!!!

dan sekali lagi,. aku sumpah xpaham kenapa jadual suke sangat tukar2,.. ceh,.. celaka betullah,.. tukar waktu dah last2 xboleh nak daftar pulak tuh,.. yang niyh aku marah,.. memang aku marah,==""

sumpah,. kalau beginilah,.. gunung berapi karakatau tuh pun boleh meletup balik tau,.. arghhhh,.. apelah nasib badan oittttt,.. ape lah nasib macam niyh,.. ape lah nasib aku,.. huhhhhhh

jadi,.. ade xyang sudi tolong aku selesaikan masalah ini??.. ada2?? ada x?
aku dah xlarat dah nak buat lagi jadual ni balik,.. T___T otthoke...
*sebelum lappy aku jadi mangsa,..baik aku tutup dulu,.

xoxo
annie...

Saturday, December 8, 2012

Mr. Crush

dear blogger,..

ini kisah tentang Mr. Crush,..
dia yang sering kali ku intai2 bayangnya darii ekor mata,..
hanya dari jauh,..
sekali sekala ada juga meluahkan butir2 kata,..
walaupun sebenarnya xperlu,.tapi aku sengaja,..
ingin mencuri perhatiannya

jiwaku sering kali rasa terpanggil,. 
meronta2 bagaikan di ikat kaki dan tangan serta ditutup mulut apabila bersemuka,..
tapi mengapa dia?

dia mungkin tidak sempurna,..
tapi istimewa,.
senyuman yang xmungkin aku lupa,..
hari ini aku terlihat dia,..
dan esok aku harap dapat melihat dia,..
begitu juga lusa ...

dia Mr. Crush aku,
yang aku xkan pernah percaya,..
kerana aku ,mengenalinya sekejap cuma,..

buat dia Mr. Crush
aku berani kata kerana kau bukan di alam maya bloger..
kerana aku takut mengaku depan kau,
percayalah,.
aku cuma bayang bisu,
mengikuti kau meski dalam mimpi..

aku tak faham...

aku tak paham,
adakah kita ni kawan sejak azalinya kita bertemu,
ketawa, gembira, menangis bersama,..
walau sekuat mana pun badai yang melanda kita..

aku tak faham,
apa yang kau maksudkan sebagai kawan,.
adakah seseorang yang boleh kau main2 kan,..
adakah seseorang yang kau sentiasa jaga hatinya,..
adakah seseorang yang kau anggap sebagai saudara sendiri,.

aku tak faham,
kawan,
sahabat,
kekasih,
apa sebenarnya yang kau maksudkan,..

aku tak faham,
dengan segala pencaturan yang kau sediakan,
aku tak faham,
apa sebenarnya yang kau inginkan,
perhubungan atau persaudaraan.

maaf tapi aku tak faham,
segala yang kau rencanakan bermain di minda,
segala yang kau katakan menjadi mimpi,
segala yang kau lakukan menjadi bayang,
segalanya menghantuiku.

aku tak faham,
mungkin aku tak pernah faham,
atau mungkin kau yang tak mahu aku faham,
segala kepastian,. ataupun kepalsuan,.

oleh itu sayang,
dengan ini sahabat,
kerana mu kasih,
demi pertalian ini saudara,

jelaskan aku,
jangan biarkan aku keliru,
fahamkan aku,
jangan biarkan aku buntu,
dengan semua permainan hidup ini,

kerana aku tak faham,
aku tak faham,

makan,.

dear blogger,..
   kerana keinginan untuk menonton twilight breaking dawn meluap2,.. aku korbankan masa makan dulu dan memilih hanya untuk mengunyah popcorn,.. dan yang pertama kalinya pop corn itu habis di balun oleh aku,..* yang ni pelik,..

menapak ke fast food restaurant,.. pizza hut
ok,.. aku xberape nak suke pizza2 yang tarik2 ade keju ni,.. muak,.. sumpah aku xboleh telan,. jadi menu makan tengah hari untuk hari jumaat 7disember ialah,..

>garden fresh salad

>vegetable podomoro spaghetti

>orange twister


 dan di meja hadapan aku,.. mereka2 membalun pizza chickenhawwai .. garlic bread dan juga mushroom soup + mountain dew ..

ok,.. kenyang,.. dan tau ape EJ cakap,.
"kau makan mcm diet,.."

weii,.. aku xdiet,.. tapi aku memang suke makan salad lahhh,.. >_<!!
ape-ape pun,.. bende tuh memang sedap,.. sedap!!!!

..... kembali bershopping bersama2 mereka,.. cuma xsempat nak beli ice cream ,.. coklat M&M,.. serta buku nota aku gara2 terlupa dan penat!!.. ...

damm,.. ape2 pun,.. lepas niyh belum tentu free lagi untuk keluar mcm ni lg,.
ok,. xoxo

lurve
annie,.. :)

Thursday, December 6, 2012

today bussy.....

dear blogger,..

hari ni bagun pagi2 semata2 nak pergi kelas CSC134.. waa dah belajar pasal computer programing,.. ok seronok,.. dan harapnya xmule lah aku nak pening2,..
   dan juga,.. kelas phy210 yang akan mule pada minggu ke tiga,.. tapi dah kene study dan buat tutorial sebab kat kelas tinggal discuss jerkk,.. errr *sapelah yang buat sistem OBE niyh,.. ==''

dan lagi,.. kelas QMT245 yang akan bermula pada minggu depan,.. kimia yang aku repeat tuh petang niyh,.. ... emm tuh je lah setakat niyh,.. senang cite semua dah nak mule lah,.. T_T

jadi akan bermulelah minggu yang sangat busy dan pening2 lalat akan mula datang,.. duhh!! ..
xkesah lah ape pun,.. yang penting time management tuh penting,.. yup,.. sangat penting,.. dan yang pastinya hujung minggu niyh latihan debat akan bermula,.. dan segala persiapan untuk reading camp dan debat piala reaktor akan dimulakan,.. di harapkan semuanya akn berjalan dengan lancar,..

dan korang macam mana pulak,.. *dari tadi dan dan dan jee,.xde ayat lain ehh?

ok,.. xde,.. foine,.. foine!!

bile bercerita tentang time management,.. so,.. aku harap0 aku yang aku manage untuk sem niyh berjalan lah,.. dah xde masa untuk main2 lagi dah,.. sekarang masa untuk serius je,.. study hard,.. jadi budak genious,.. *jap,.genious kerr?..
  also.. mematuhi masa,.. komitment 110% aku berikan untuk pelajaran,.. perlu sangat untuk mencapai sesuatu yang berharga bagi sem niyh,.. ok lah,.. nak sambung tengok nota untuk kelas pukul 12 niyh,.. *untung dapat lecture baik,.. :P

bubye... xoxo
lurve
annie,.. :)

Wednesday, December 5, 2012

tomyam ke asam laksa?

dear blogger,..
kemalasan aku untuk berjalan kaki ke anjung adalah perkara yang berganda2 malasnya,.. oit,.. lagi bile di suruh menapak ke sm1 tempat upk tuh,.. lagi lah woii,.. matekk

dan pada satu hari tuh,..

ayin makan meggie,. mcm sedap jerkk,.. aku pom makan jugak,.. tapi meggi kari,.. ok foine,.. yang tuh memang favorite,.. tapi aku lagi addicted dengan meggie yang ayin makan,.. emm,.. tapi aku xingat apa,..

"ayin,makan meggie ape tuh?tomyam ke?" ..
*sumpah bau dia menusuk2 hidung aku,..

"nah,rase lah,.. xlah,. asam laksa"..
*aku pon rase lah kuaah dia,.. mak aihh,.. terkene pada cite rase masam2 aku tuh,..

  tadi aku merajinkan diri menapak ke anjung untuk beli meggie,.. haha.. meggie lagi,.. tapi tomyam,. nnt lain kali aku nk beli asam laksa pulak,..

dan sekarang deria rasa aku dah pening,..
tadi aku makan meggie tomyam ke asam laksa,.. =="

xoxo
lurve,..
~annie~

hidup kita...

library,..
masing-masing ade gaya yang tersendiri,..
ada yang masuk dengan muke serius ,.. ok. takut
ade yang masuk gelak2,.. yang niyh sah xbe;ajar,. dok bergosip je,.. hekhekhek,.. :P
ade jugak yang biasa-biasa je,.. macam aku,.. *ok perasan,.

tapi yang penting niat kite,.
xkisah lah nak serius k,.. huhahuha memanjang ke,.. lantak kau lah selagi kau bukan anak aku,.. *ehh
haha.. betullahkan,..

jadi betullah,..kalau aku kata,.. ada yang dah bertahun kawan dengan kite tapi masih lagi xkenal kita,.
ada juga yang baru kenal kita tapi akrab dengan kite,.. *sweet2 maa
jadi mana agaknya korang pilih,.. erkk,.. kawan yang mcm mana,..
*tibe2 masuk babkawan pulak dari bab library..

ye laa,.. library,.. macam kehidupan kite,.. menyimpan segala memori silam kita,.. dan dalam masa yang sama membantu kite mengatur masa hadapan kite,.. *agak2 korang faham tak maksud aku ni..

so,.. korang fikirkan sendiri ye,..
aku,.. so so je,..
ok,.. dah 9.45,.. gua choww,.. dulu,.. k bye,.
xoxo
~annie~

tabah je laa.....

dear blogger,..

derita bagi aku sorang pelajar yang mengambil subjek junior,.. owhhhh,.. frustt,.. menyusun jadual bagai nak rak buku tapi akhirnya clash,.. huhhh,.. *tensionn

   bile mana balik2 muke aku je yang datang menghadap advisor tersayang tuhh,.. *nasib baik dia baik,..
menebalkan muke ,.. huii,.. malu pon ade wehh,.. duii haii,.. harapan buat xmalu je lah sepanjang minggu niyh menghadap muke dia,.. waaa.. T_T

    dan sekarang,.. duduk dalam library .. pencerahan.. makmal komputer di library,.. segala2nya disebabkan oleh kemalasan aku yang berganda2 besarnya tahap papan tanda air asia,.. ==' melampau,.
*kemalasan adalah berpunca daripada lappy baby aku yang berat tuh,,. gerrrr

huhhh.. masih menunggu kelas tuh bukak,.. ape niyh!!,.. pening woii,.. pening,.. pusing2 kepala aku,..
aku xnak lah amik 5 subjek je sem niyh,.. alang2 dah jadual xbest tuh baik aku amik 6subjek,.. walaweiii.. tolong lah cepat sikit bukak portal tuh,.. lambatlah dorang buat keje,.. upss,.. *ok,.aku ade kelas pukul 10..mcm malas je nak pergi..

dan,.. tibe2 aku diserang persoalan yang nyata,.. jap,. bukan ke makmal komputer niyh sepatutnya asing lelaki dan perempuan,.. ape hell tetibe hari niyh boleh campur pulak?.. walaweiii,.. ape niyh..

dan esok,.. aku xde kelas,.. weeee.. mau pergi jalan ma,.. sweet2 maa.. *pengaruh filem tai_ko..
wahhh.. seronok kemain aku niy kan,.. almaklumlah,.. bahagia sentiasa ,.. senyum selalu,.. malam niyh ade meeting,.. *ok fine,meeting,.. punyelah menyampah aku nak menghadap meja bulat yang awal2nya penuh dah tengah2 bulan akhir2 sem,.. kosong,.. weii,.. mane koprang lari,.. nanti bile kite orang buat program korang xdatang,.. pastuh kate kite orang xbuat program padehell korang yang xtau,.. puihhh!!,.. *ok,.sengaja

.... dan.. aku xtau nak letak tajuka pe untuk entry kali ni... so jangan pelik kalau tajuk entry macam pelik2 je,.. ok,.. haha.. harapan ku,.. agar esok boleh shopping dengan happy!!,.. *shopping lah sangat,.. ok sape nak jadi pereka fesyen aku,. haha.. fine aku xtau nak pakai baju ape esok,. T__T,.. waa. kene mintak EJ tolong niyh,..

ok,.. bye,. xoxo
lurve
annie,.. :)

Tuesday, December 4, 2012

Pilah Aku Datang..

dear blogger,...

sekembalinya aku ke Kuala Pilah yang aku sangat 'rindui'... cehh,.. dengan parking lot yg berada di atas laluan jalan raya,.. yaaa.. aku rindu,.. tapi bila dah balik bosan pulak,..
    awal disember,. aku berasa sangat berat hati untuk "balik pilah"... tapi aku xtau kenapa,.. emmm.. tibe2 rasa rindu pulak kat mak dan abah dekat rumah tuhh,.. haha.. sape lagi yang nak buatkan breakfast untuk aku kalau bukan abah,.. sape lagi kalau nak bising bile aku mals nak kemas kalau bukan mak,..
    sememangnya aku mengakui,.. disini,.. segala2nya ada,.. serba-serbi keperluan asas ada,.. yang xde pun boleh dibeli,.. tapi ade satu yang xde kat sini,.. cuma satu dalam dunia,.. parents..
     siapa yang xsayang parents?

Pilah Aku Datang....

dan aku harap kali ini,.. sekembalinya dari kuala pilah akan membawa sesuatu yang sangat bermakna buat diri,..

*ok,.. fine aku rindukan teddy aku kat rumah,.. miau aku,lagi2 bile aku xnampak seko pon miau kat kolej ni,.. mane dorang sume lari ekk?... dan.. aku rindukan bau rumah,.. :(

lurve
~annie~

Monday, November 26, 2012

sesaat

26 november 2012

petang yang dilitupi awan mendung,.. sejuk terasa meremangkan roma
aku keluar daripada perut kereta setelah mematikan enjin..
melangkah bersama selipar 10ringgit keluar dari parking lot.

mata melirik ke kiri kanan,..
penuh kenderaan..
perlahan aku menuju ke kedai itu.
dan sesaat, kau datang...

aku lihat kau berkemeja hitam pekat, warna kopi
rambut kemas, pujaan hati
kau melihat aku,
aku melihat kau,
kita saling berpandangan...
kau ke perut kereta,
aku ke muka kedai..
terus melangkah...

dari tingkap kereta saga putih milikmu,
kau menjenguk keluar,
mengintai apa yang perlu,
tapi wajahmu bagaikan ada satu tanda tanya,
yang sebesar kapal terbang air asia..
aku biarkan,..
terus berpaling dan tersenyum,.. "hensem" terdetik dihati

bila mana aku keluar dari membeli,
kembali pulang dengan menapak ke parking lot,
kau sudah tiada,
dan sesaat itu sahaja pertemuan kita,
cukup sampai disini,
you're just somebody that i used to know.
today,.
and forever... if we're not meet again..

diet?

diet??
nope...
sama sekali bukan dalam kamus hidup aku...
aku niyh suka makanan,..pecinta makanan... xpercaya??
tanye mak aku.. semua aku bedal,..
*tapi aku kurang suke cheese.. bende tuh buat aku muak..

dan sekali lagi,..
derita akan melanda aku bile aku tengok budak2 perempuan lain sebok ber"diet"..
tapi satu je yang aku nak cakap..
bodoh..

diet sampai xmakan nasi?.. diet sampai tahan lapar semata2 nak kurus?
sumpah korang gilee..
bile mana korang cakap ,..  kau bolehlah,kau kurus,.. xkesah nak makan apa,.. payah nak pening pasal lemak yang dah berlipat2...
*cehh..
masalahnya sekarang,.. korang bukan diet,.. korang tu nak bunuh diri!!.. paham?
*hukum bunuh diri adalah berdosa ,..sekian

apa gunanya berdiet sampai masa korang bedal semua cikedis2 kat kedai depan rumah korang tuhh,.
tonggak air gas bergelen2 sampai habis air gedegang bawah blok... tu belum kire kudapan2 yang lain?... xgitu?

orang diet sepatutnya untuk jaga kesihatan,. bukan nak kurus dol!!
dah,.. salah tafsir kan??.. tu lah sebok sangat nk kurus mcm model usa tuh,.. dah macam rangka hidup pun ade aku tengok..

beginilah..
oleh kerana ramai yang jeles dengan aku yang berbadan kurus niyh,.. *poyo jee...hakkzz
niyh aku nak bagi petua kat korang,.. petua jaga badan bia maintain,..
acano??


1. kurangkan makan jajan/cikedis yang melambak2 tuh,.. *ni wajib
2. banyakkan minum air masak,.. dan kurangkan minuman bergas.. lebih baik kalau minum air tanpa ais.. sekali sekala minumlah jus.. kalau agak2 dah bosan dengan air masak, cuba titiskan perahan limau untuk sedikit perisa... *gaya ala2 pakar kesihatan,.. :P
3. jangan tinggal breakfast.. yang ni,.. korang cari kat mana2 web kesihatan pon rasenye dorang akan cakap bende yang sama,.. tujuannya,.. kalau korang amik breakfast,.. korang xkan makan banyak waktu lunch nanti,..
4. makan banyak kali,.. tapi dalam kuantiti yang sedikit,.. *yang ni memang cara aku..
5. makan makanan yang seimbang,.. ada sayur,.. ikan,.. nasi jangan buang,,. kita perlukan kabohidrat sebagai tenaga bukan protein macam kucing,.. *seimbang ni kalau sampai takat korang nak kire kalori rajinnye ok??..
6. kene rajin,. kalau malas jangan cari aku kenapa kau xkurus2..

ok,.. tuh je petua aku,. dan semua tuh aku buat kecuali yang ais tuh,.. sebab aku gile suke dengan ais,.. >_<!! *sume xdelah sampai kunyah ais bulat2

yang penting,.. jangan nak berlapar sangat lahh,.. xkurus2 pon aku tengok kau,. last2 masuk hospital jugak sebab xcukup zat,..
fine,.. cukup sudah aku membebel,. dan jangan jelez tengok aku kurus,. *muahahahahaha...gelak gaya mak tiri ...


Sunday, November 25, 2012

cerita selamanya...

aku kau dan dia
kita serasi bersama.
sehati sejiwa,
xsedarah tapi bersaudara,

aku kau dan dia,
kita berjanji setia,
erat, rapat utuh
macam simpulan tali yang takkan terlerai,

itu dulu,
tentang aku kau dan dia.
bahagia kita sementara.

aku kau dan dia,
kini tidak serupa,
warna darah sama xbermaksud hati pun sama,
aku kecewa,
dia derita,
kerana kau dalangnya.

mungkin cinta ini xselamanya,
mungkin cinta ini sekadar sahabat sahaja,
mungkin cinta ini bukan cinta biasa,
segalanya mungkin.

kerana kau, aku terluka,
kerana aku, dia merana,
kerana dia, kau berduka.

aku kau dan dia,
aku harap kita masih lagi bersama,
memegang erat tali persahabatan,
biar cinta itu terus terpahat dihati,
atas satu pengorbanan,

dimasa hadapan,
ada satu harapan untuk aku kau dan dia,
melihat anak cucu cicit kita gembira bersama,
dan disamping kita,
ada suami dan isteri2 kita.
xperlu diungkit kisah lama,
kerana sejarah xkan pernah berubah.

kerana aku kau dan dia,
sahabat selamanya.

cat_tum_bite

bace title tuh gaye orang putehh... ok,..
fine,.. entry yg ringkas

xgune punye cat_tum_bite...
*kini baru aku rasa nikmat menggonyoh/tenyeh mate tanpa rasa sakit bile2 aku nk tenyeh mate aku..

apa2 pun aku xnak jumpe docter kecuali dr. tuh ensem mcm baby ss501 aku tuh xpun mcm kim beum,.. boleh??

k bye..

*so boleh xaku tutup mata aku sebelah bile aku keluar pergi jalan2,.. atau pun lebih baik xpayah jalan,. fine,..

Thursday, November 22, 2012

tweet seorang budak

hari ini, kepalaku berpusing2 menunggu istudent yang lebih lembap mengalahkan sipat babi atas jalan,.. bosan,.. baru daftar dua dah xboleh login,.. cehh

tiba2 tersenyum,.. tweet sorang budak yang dihantar ke handphone old school aku sangat menarik perhatian,..

""jangan kita fikir kita sudah immune kepada neraka, walaupun setelah kita menebut Shahadah"

dan

"antara sunnah yg paling mudah diamalkan: Sebarkan salam diantara kamu dan SENYUM! :D "

so...
Assalamualaikum,. :)

Wednesday, November 21, 2012

Mengapa Dirindu

aku bukan blogger yang retis,..
tidak,..
traffic aku yang xseberapa nak jame ni dah cukup baik buat aku,..
mengapa dirindu,.. ya,.. mengapa,.

sedetik hati ku terpana dengan suara arwayarhamah datin sri saloma ..
"anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, ini pula hati orang... mengapa dikenang"
*sentap ... sedetik itu jugalah,.. hati meruntun,..tapi mengapa..
aku xkan benarkan empangan mata itu pecah lagi,.. cukup,.. aku dah penat..

untuk pencerahan.. xperlu dengan segala pujuk rayu, mahupun harta kau yang setinggi gunung,.. aku xpandang semua itu..aku tidak selayaknya puteri gunung ledang yang meminta semangkuk darah anak raja... kejam tapi punya makna..
tidak,. bukan aku..
aku cuma manusia biasa ... yang layaknya cuma biasa2 sahaja,.. ohh... *tibe2 pulak touching telebih..
sumpah aku dah merepek..

buat kau yang aku rindu,.. aku xtahu mengapa aku rindukan kau,.*ini gile
mungkin sebab aku rindu hangat perasaan yang membelai jiwa sukma yang pernah hancur dulu..
yaa.. aku yang dulu
tapi kini aku rasa kau mulai menjauh,.. benarkah?
tolong,.. aku xminta apa2 pun daripada kau,.. cuma.. fahamilah aku...
aku juga manusia,. aku juga perempuan..
mengapa kau menghilang setelah menjadi matahari dalam hidup aku.. selfish! 

dan kau,.
aku cuba fahami kau sebaiknya,.. aku jaga hati kau sebaiknya,.. banyak yang aku sembunyikan dari kau cuma kau je yang xtau,.. belakang kau,. ada pisau yang menanti untuk menikam..
xkan aku nak lihat dari jauh sahaja,.. aku xsanggup.. sebab aku bukan kuih talam berlapis2..
aku cuba berdiri walau berkali2 ditolak dan tersungkur ditimpa tangga ..
ya.. aku bodoh mereka kata
bila aku pertahankan sesuatu yang aku rasa betul tapi salah bagi mereka...
bila yang terang lagi bersuluh pun aku tetap pertahankan,.. mereka caci aku bodoh tahap kedunguan dewa sayap 24inci..
ahh.. biarlah apapun orang kata.. aku cuma pertahankan apa aku percaya..
setia.

aku akan setia dengan kau sampai hujung nyawa aku sekalipun sebab belum pernah ada jiwa yang mampu menyentuh hati aku sampai terdetik buat begini..
bodoh tapi berfikir.. yaa.. itu aku
berfikir sebelum kau buat apa2... menimbang tara segala yang mungkin akan aku hadapi di sebalik tiap lancang kata2...
bukan aku xmahu bersuara jelas dihadapan muka2 itu.,.cuma takut mereka terkejut lalu mati sakit jantung.. jangan pernah minta aku buat begitu..
aku sayang kau,.. aku tau kau benar,.. dan aku tau yang kau tuh terlalu bendul dan lurus macam pembaris cikgu ..
aku akan perhatikan kau dari jauh meski dekat aku xboleh,.. kerana kau matahariku.. kerana kau yang aku rindu,.. aku xminta apa2,.. cuma fahami aku,.. dan jangan tingga daku,.. meski sebagai seorang kawan,..

*sumpah aku gile meroyan ke hape malam2 bute niyh,..dammm

serabut

ok,.. aku serabut.
mata xmahu rehat langsung malam ni.
apa boleh buat,
terima kasih kepada neuron yang kuat berkerja,
aku masih mampu untuk menjadi typewriter..

dan sekali lagi,
aku serabut,..
arghh.. ape niyh,...
bile tengok balik rasenye blog aku niyh terlebih sarat dengan muatan!
mcm belon yang hampir nak meletup,
macam lori yang hampir nak terbalik,
duhh..

aku buang apa yang xperlu,
aku tukar segala yang aku mahu,
dan ini dia,
blog aku,..

jadi,
usah tanye kenapa header kat atas tuh tibe2 macam pelik je,
sebab bile aku rase serabut gile aku datang,
jadi aku akan buat suke2 hati aku je..
ok.. bye

~HotCoklatVanilaAis~

kerana kegilaan aku terhadap sesuatu yang membuat aku jatuh cinta,..
apakah ini,.
hot coklat dan vanila ais
kedua-duanya
dan kerana aku terlalu addicted kepada youtube dan twitter..
jadi aku tampal nama ini pada mereka..
sebagai ganti kerana terlalu addicted..
pon boleh..
~HotCoklatVanilaAis~
dua2 pilihanku..
walaupun sebenarnya aku lebih suka Vanilla latte
cinta sejatiku..
:)

Monday, November 19, 2012

permulaan yang baru dari kisah yang lama..

cerita pasal yang baru,..
tempat baru, rumah baru, pekerjaan baru,.semesta belajar yang baru,.. tahun baru,..
segele2nye..

dari segala persiapan metal fizikal konseptual,..
mahupun..
si helaian yang berharga itu..
merah,hijau,biru
ini bukan helaian bendera parti politik ye.
fullstop.

kisah permulaan semua episod yang baru,
buku baru katenye,
dp baru untuk facebook twitter,
kata2 hikmah yang baru di atas meja,
xlupa juga untuk boyie dan gurlie baru mereka katanya...
tapikan,. dalam banyak permulaan baru ni,..
ada satu kisah yang lama..
sangat lama..
kisah tanam menanam yang rasenye xramai menuai hasil..
kesian ko azam....

kesian aku tengok budak sorang niyh,
bile musim baru je, semua orang nak tanam dia
apelah nasib kauYDP... (*sebabydpakunameazam)
tiap2 sem orang nak tanam ko,
tiap2 tahun semua orang kejar ko,..
tapi nasib ko baik sebab orang xtimbus kau hidup2,..
dan orang masih undi ko lagi..

pokoknye bukan buah mahupun bunga..
xkesahlah korang nak kejar dia ke,
korang nak tanam dia ke,
lantak koranglah korang punye suka.
yang penting... korang kene ingat

harapan tetap ada
TAPI
kejayaan hanya untuk orang yang berusaha.

so ingat DUIT
Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakkal

haha..
adioss..
lurve,
annie

Friday, November 16, 2012

its complicated

dear blogger,..
mempunyai minda dan perasaan yang complicated bukan lah sesuatu yang mudah...
terutamanya bila korang kene banyak gunkan mulut dimana korang perlukan sesuatu yang lebih simple untuk disampaikan agar orang lebih faham.. debat

dan



 
yehh.. i know that,,
kadang2 aku rase aku niyh terlalu complicated...
xtaulah sama ada aku niyh yang meng'complicated'kan diri,. atau
aku sememangnye semulajadi complicated..

emm..
tapi bila difikirkan balik,.
xdep lah secomplicated mane pon,..
cuma dalam bab feeling2 tuh ... aku rase yee

biasalah perempuan kan,..

tapi,..
getting on something that is complicated is very complicated to me..
pade aku lah,..
aku nak jadi sesimple yang boleh,..
dan berdisiplin...

aku xboleh tinggalkan jiwa aku yang suka buat jadual sendiri dan pastikan diri sentiasa sibuk dengan macam2 benda,..
sampaikan kadang2,.. aku terfikir,..
ni ke sebab ade yang xsuke kat aku,..
sebab bila aku terlebih membusykan diri aku dengan 'hal-hal' aku.. aku jarang fikir tentang perasaan...ye perasaan
aku and others
jangan mimpilah...

and its complicated..
aku xsuke bile orang dok pukul canang satu kampung pasal relationship aku,.
tapi aku teringin nk ber'relationship"
aku xsuke perempuan makeup tebal dan menggediks2 mcm cacing depan lelaki,.
owhh,.. aku geli

it's complicated..
when you nor me can't think about the answer..
why?why? and why??

~because it's complicated when it's become complicated~

lurve.. mohabbatein
annie

Thursday, November 15, 2012

mungkinkah?

sejak dua menjak ni,.. sering sangat tergiang2 lirik lagu ini dalam kepala otak aku,..
setiap masa,.. setiap ketika..
huhhh....
aku mungkin xtahu untuk bermain alat muzik..
aku mungkin xsempurna dalam menyanyi,..
tapi aku tahu menghayati lirik..
aku tahu menghargai muzikk....
tapi kenapa lirik ini??

aku masih mencari jawapan..
dan mungkinkah?
masih ada harapan....
tentang dia.


Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku

Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

 Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

 Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya....

 

Tuesday, November 13, 2012

aku

bila sakit itu bermula lagi,....
aku hanya mampu bertahan,
tapi sampai bila.

dan aku harap dapat kucari dimana puncanya
aku letih begini
letih dalam menanti

Monday, November 12, 2012

aku yang berpura-pura....

dear blogger,..

pernah x, korang berpura2??
yelahh,.. maksud aku,.. acting cool on something that you should not...
mesti pernahkan??... *muka confident

dan,..
cool ke sebenarnye?? *aik

entah lah,..
tapi,
banyak wajah pura2ku hari ini,..
dan sempat bergambar dengan nye,...

dan ye..
saya rase gambar ini sangat buruk sekali,..
awww,..
sangat buruk,..

 owhh,.. buruk,.. =_="


pura2 comel.. -_-'' *lagi lahh


yang ni,.. 
seems ok,.. XD (*perasan)

,.. hehe
k bye

lurve 
annie,..

Friday, November 9, 2012

talak 3

akhirnya,..
setelah 3semesta aku bertarung dengan perasaan,..
marah,.. benci,.. menyampah dan sakit hati...
setelah derita yang khau berikan kepadaku,..
aku tekad untuk tabah bersemuka semula denganmu,..

ya,..
tekad kali ini membuahkan hasil,..
dan akhirnya khau ceraikan aku dengan talak tiga....
terima kasih PHY 110...

aku xkan pernah merinduimu,..
XD

sincerely,
annie,..

Thursday, November 8, 2012

terlalu kreatif....

kerana kami budak sains yang terlalu kreatif dan suka mencuba,..


adakah mungkin kentang makanan orang orang barat tu akan digantikan dengan karipap untuk cawangan di malaysia,..

siapa tahu,..
anda mampu mengubahnya,.. XD

Wednesday, November 7, 2012

dari McD ke KFC....

kerana debat yang telah menyatukan kami...
kami mungkin berbeza,.. tapi ada yang serupa antara kami...
kami sayangkan debat.

kali ini,
dari McD ke KFC...
terdapat sebuah harapan agar keluarga ini sentiasa kekal...
sebuah keluarga yang menceritakan segala rahsia..
sebuah keluarga yang sentiasa memahami,..
sebuah keluarga yang mungkin berbeza,..
tapi kami keluarga yang istimewa.

doa kali ini,
agar persaudaraan ini tetap utuh,
kami mungkin berbeza dari yang lain,
kami mungkin xse"hot" yang lain,
tapi itu yang membuatkan kami istemewa,..

terima kasih kepada abang long,
anda membuka minda kami,

terima kasih kepada kak long,
anda paling manja antara kami,

buat kak ngah,
celoteh anda menghiburkan hati,

buat adik2 bongsu,
anda tetap yang terhebat,

buat acik,ucu,uda dan sekaliannya,
anda melengkapkan lagi kami...

kami buddies,.. xkan terpisah
kerana dari McD ke KFC..
ia merapatkan lagi kami... :))





with lurve,
annie

Tuesday, November 6, 2012

di sebalik wajah itu......

dear blogger,..

korang pasti ada kawan kan,...
kawan baik,.. kawan xbaik,.. musuh,.. classmate,.. followers,..stalkers dan segala macam jenis manusia yang korang kenal,.. kann??

tapi,..
korang tau ke apa yang ada disebalik wajah2 yang korang lihat tuh,..
korang tau ke apa yang dorang sebenarnya pernah rasa??
korang tau ke sejarah silam yang dorang pernah lalui??
pernah untuk tanya?

setiap wajah yang berbeza,
mempunyai cerita yang berbeza...
cerita disebalik semua cerita yang korang sangka..

kadang2 cerita yang xdisangka tu,...
cerita sebenar mereka...
cerita kisah hidup mereka...
yang memperlihatkan diri mereka sekarang....
(* jap,.. yee ke??... )

dalam setiap wajah itu,..
jangan pernah disangka apa2....
kerana mereka berbeza...
antara satu sama lain,..

 (EHH,.. mcm pelik je) =__="

Saturday, November 3, 2012

third of november..

today,.. sleepy..
enoughh...
rasenye dah cukup tidur,... tapi macam xcukup tidur,..
owh,. apakah??.

~.~
hari ketiga di fakulti undang-undang uitm shah alam..
huhhh...
dah pun meronda.
dah pun naik rapid.
dah pun berani keluar sendiri. (ke kfc je pon)

bagi pendebat...
mereka yang terbaik..
dan harap mereka beri yang terbaik untuk hari ini..
harap,
segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
semoga semua diberikan kekuantan untuk menempuh hari ini....

Wednesday, October 31, 2012

Hebat.. ker??

dear blogger....

waktu panas tengahari macam niyh dengan menunggu makanan yang belum sampai dengan perut yang penuh kelaparan...
    kami niyh.. (*buddies2 ku)
memikirkan segala permasaalahan yang berlaku,.. dan cara penyelesaiannye.. (*errrrr....=_=" )

xmengapalah,..
bercerita tentang dengan orang yang hebat niyh.. betul2 hebat kerr?... atau
bajet jer lebih???

yang penting kita sendiri,.. bagaimana nak menilai sesuatu,.
kalau kita kata kita hebat kenapa kita sombong bongkak riak takbur dengan orang,. sampai tegur pun xnak.. hebat ke?... sekurang-kurangnya senyumlah,..
xboleh ke orang yang "hebat" niyh menghormati oarng lain??
berkurang ehh hebat tuh nanti?? ehh??

hebat xhebat seseorang tuh bergantung pada diri seseorang tuh sendiri..
ada orang hebat bercakap, tapi bile buat kerja satu pon xjadi,..
ade orang pandai membuat seni kraf, tapi bile diminta untuk terangkan kat orang mereka xde confident.. 

so...
bile seseorang tuh dikatakan hebat....*perfect
tapi sombong?... hebat kerr?
bile seseorang tuh kelihatan hebat....
pada hakikatnye ....krik krik... hebat ker??
bile seseorang tuh sumpah selekeh (*bermaksud terlalu sempoi) gile... then org lain cakap xhebat..
tapi bila dia buat satu perkara tuh,.. bombastic ... bukan hebat ker ??
dan..
orang yang cakap dia tuh xhebat??... sebenarnye diri sendiri yang mengata tuh hebat kerr??

persoalannye,. hebat kerr??
boleh hebat... setiap orang hebat pada situasi masing2..tempat masing2 ,.. keupayaan masing2...
seorang engineer yang hebat sekalipun bila tiba2 kita suruh dia jadi dokter... dia xkan boleh buat,xkan jadi hebat macam dia jadi engineer...
kenapa,.. sebab minat dan kelebihannya terdapat pada engineer.. bukan dokter.. sebab tuh dia hebat pada engineer...

genius sendiri pun ade kategori masing2... ape korang engat orang genius tuh xpandai main muzik lah??... xpandai art?... xpandai berseni... 

come on..
jom kita bukak otak kita niyh dengan bende2 baru,.. jangan asyik duduk kat tampuk lama...
(*perghh...aku niyh ckap jer lebih)

xpe lah,.. 
hebat ker tidak... korang fikir2kan lah...

salam ikhlas dengan perut lapar tahap gaban bersama kepanasan yang mampu mengeringkan lintah bulan... (*ehh)

with lurve
~mohabbatein~
annie.. :)

Tuesday, October 30, 2012

.... dia Titanoboa....

dear blogger,..

pernah tengok anaconda the hunt for the blood orchid?...
besar tak ular tuh??
*kalau wujud sekarang,sumpah aku takut...lagi2 dok kolej niyh dlam hutan,..-_-

dalam cerita tuh dikatakan ular yang paling besar tuh anaconda kan??...
 yup,..
tapi,.
anaconda cuma boleh besar sampai 22.5 meter.. tuh yang pernah orang nampak,dan tembak...
mati,.. emm..
xtaulah boleh jumpa besar lagi ke x,..

kewujudannya??
xtau lah ... mungkin korang boleh google...kot
dan lagi,.. anaconda niyh satu kerabat dengan python . (*klik untuk tahu:) )
species ular jugak,..

 dan..
mungkin korang pernah terbaca pasal species boa.
dan yang aku nk cerita ni,..
pasal titanoboa...

ok,.. they are different..
totally....
boa,.. paling panjang pon doleh besar sampai 4.3 meter je..
titanoboa pulak...merupakan ular prasejarah... zaman dolu2... yaaa.. understood?

ular niyh paling besar paling agresif kat dunia..
dulu lah..
sekarang... katanya ular niyh dah xde..
korang rase ular niyh wujud lagi x??
aku rasa ,...
mungkin,.. tapi mesti ular niyh dah mengalami proses mutasi dan sebagainya...
mcm buaya,.. dulukan termasuk dlam spesies dinasour..
Sarcosuchus... species buaya terbesar...

haha... acano.. logik x??..
emm..

kalau wujud lagi korang rase titanoboa alaf baru niyh duduk kat mane ekk???O_O

~mohabbatein~
annie

(aku kelaparan,.. waaaaa...T__T)

Sunday, October 28, 2012

tak termampu...

tak termampu untuk aku lena pada malam hari semenjak menempuh hari2 derita final exam semesta lalu... adakah aku akan diceraikan oleh semua subjek dengan talak satu ataupun menambah deritaku dengan talak tiga,.. huhh,.. puas aku fikirkan
       pukul tiga, pukul empat, pukul lima pagi.
mesti dinihari mulai menyusul dengan fajar dikaki langit...mata penat ini xmampu sedetikpun aku lelapkan, mencapai nikmat tidur bagai seorang puteri salju dan mencipta mimpiku sendiri.. tak termampu.

pulang dengan segunung harapan... masa tidurku kembali normal
tapi aku rasakan, paras kenormalan dalam diri ini mulai berkurang, idea2 melampaui batasan fikiran yang sukar untuk aku tafsirkan menjadi nyata meski wujud dalam kotak fikiran sebagai sesuatu yang bukan lagi sekadar fiksyen atau impulse yang dihantar dari satu neuron ke satu neuron. tidak lagi

tak termampu untukku menahan derita ini lagi,...
pulangkanlah indah lena malam2 ku wahai minda gelombang beta. aku dah penah mengextract segala bahan sains sastera dan segala vision yang kau beri. aku tak termampu untuk menanggung derita ini lagi.

lurve
~mohabbatein~
annie

siapa dihatiku?





aku berangankan menjadi cinderella yang tak mungkin wujud ceritanya di alam nyata,.
         menaiki kereta labu unik,. memakai kasut kaca yang mungkin sempit,. hidup bahagia dengan putera idaman igawan seluruh rakyat jelata dunia?
mungkinkah dia?
atau dia?
tapi siapa dia?

khayalannya yang sentisa menjelmakan dirinya dalam minda disetiap malam2 tidurku, disetiap angan2ku, malah disetiap waktu sepiku,...bisa melekakan jiwa minda seorang dara, meruntuhkan tembok keangkuhan dunia dengan cinta yang sukar untuk ditafsirkan? apakah semua ini?..

     aku mencari sebuah jawapan dari kotak minda dan fail2 sejarah lama yang berhabuk dalam memori ingatanku... menyelongkar segenap rasa dari lubuk hati yang jauh terpenjuru,.. mengintai dari penghujung sudut mata ke jendela dunia yang imejnya sentiasa bertukar setiap saat dengan pelakon2 yang melakonkan watak masing2 tanpa bayaran,.. wayang gambar 3D percuma setiap hari... tapi pelakon manakah yang menjadi pujaan hati? adakah tetap pelakon dengan watak palsu dengan muka yang cantik bersama bahasa yang indah2 belaka atau pelakon sebenar yang mungkin tampil dengan wajah mengerikan dan berbahasa kampung,.. siapa?,. janji bertamadun.

      dari segenap bahasa dan coretan2 yang mewarnai helaian kertas2 putih umpama sebuah lukisan pemandangan seorang pelukis,.. mampukah susunan ayat2ku ini menjadi begitu bermakna sebagaimana potret monalisa yang mampu mencuri hati meski telah berabad lamanya? menatap pada bait2 kata indah yang diabadikan dalam alphabet... aku keliru
hanya jauhari yang mengenal manikam.

    aku menanti pada setiap detik degupan jantungku, disetiap saat helaan nafasku, disetiap ketika kerdipan mataku,..kau hadir memenuhi segala mimpi2 yang tak mungkin logik dalam fikiran manusia,..menjanjikan bahagia melampaui fiksyen2 sains dan sastera utama epik sejarah cinta dunia,..mampukah aku menunggumu sehingga tiba detik waktu itu?...melihat kau hadir membawa hati yang ikhlas dan suci sejernih embun pagi yang xmungkin dilihat pada mata,.hanya mampu dirasa kehadirannya..

kau dihatiku,

aku bukanlah seorang pelukis ternama yang mampu mewarnai hidupmu dengan lukisan2 dunia abstrak dan potret kenangan lalu,. aku bukanlah penyanyi yang mampu menyanyikan lagu untukmu setiap waktu,menjadi dj dihari2 bosanmu dan menjadi suara lullaby untuk mendodoikan tidurmu,.. aku bukanlah pelakon terbaik untuk menjadi karekter idamanmu,melakonkan watak kegemaranmu,dan menjadi sesuatu individu yang kau mahu,..
     aku juga bukanlah matahari yang mampu menyinari harimu, menghangatkan duniamu yang basah ditimpa hujan atau kedinginan dihembus awan gemawan selembut kapas...

tapi,
    aku bukanlah tikus perosak yang cuba untuk membaiki labu,..meski keju segunung kau beri.
aku bukan manusia tamak mahukan segala kekayaan,..meski hanya kasih yang mampu kau janji.
aku bukan manusia gila yang mahukan segalanya ,..meski aku tahu ianya tak akan terjadi.

aku cuma manusia biasa,..
     menanti seorang putera jiwaku hadir membawa pembalut luka merawat sakit dijiwa ini,membalut luka dihati,.. aku manusia biasa yang xmampu menjanjikan apa2 yang luar biasa kerana aku takut aku xmampu mencapainya ... aku hanya mampu meluahkan segenap perasaan yang terkunci didasar hati ini dengan kata2 dan bahasa susunan diatas helaian2 kertas dan dimuka2 blog yang ku cipta.. alam maya dan alam siber..
dan aku,.
akan tetap memastikan jari jemariku ini terus menari bersama pensel dan pen mahupun diatas lantai keyboard agar susunan kata ini terus indah menjadi tatapan mata ...

 siapapun kau?
siapapun dihatiku?
aku berharap,.. ia adalah yang terbaik buatku,..
aku akan  tetap menunggumu sehingga ke penghujung nafasku,detik akhir degupan jantungku,.

with lurve,
~mohabbatein~
annie.

Saturday, October 27, 2012

oh tempe...

dear blogger,..

tetibe jer aq ni nk bercerita pasal tempe,.. korang tau x ape tuh tempe,..
O_O?? mcm bingung jer?... nah
mcm niyh rupanya tempe tuh....

 
niyh yang asli punye dari kampung,.. dalamnye mcm niy,..

...
bende niyh dibuat daripada kacang,.. emm.. kacang soya...
xsusah pon nk buat bende ni sebenarnye,.. tapi kalau salah tangan yang buat,.. xtaulah jadi ape,.. haha,..

ok,..
cerita pasal tempe,..
memandangkan korang pon dah tau rupe tempe tuh macam mana, senanglah ye

aku ade satu tabiat buruk,..(*xdelah buruk mane)
dan aku gelarkannya,..
"mid night starving"
haha...tragis,.tragedis,..sadis pon ade,..haha

nak kate aku niyh kuat makan xde lah,.. tapi ,.. tabiatkan,..
dan,..
korang nk tau ape yang aku makan malam2 bute bile aku lapar mcm singa betina yang xmakan seminggu tuh??

 tu haaa,.. tempe,..
salah satu makanan ringan lagi ringkas yang aku bedal,.. tu pon kalau kat rumah,.. kalau kat hostel,.. emm.. maggie leh jawapnye,..

oh tempe,..
yang penting,.. bile aku makan tempe malam2 ni,.. aku suka makan yang fress punyerr!!
ade bran nak makan x??.. O_o"
niyh aku cabar korang,.. makan tempe mentah cm aku,..
nak kate sedap sgt tuh xde lah,.. tapi,...bolehlah,.. aku suke ...

yang penting,..
mak aku dah xpelik kalau tibe2 tempe dy ghaib dari peti ais secara tiba2,..
bukan setakat tempe,..
carrot pon aku sebat mentah2,..
licin peti ais tuh aku kejekan,.. XP

tah ape segala mcm bende kat dapur tuh,..
kalau semua boleh makan mentah,..
aku lah orang yang jadi peminat setia,..
haha,..
oh tempe,.. apalah nasib khau,..
sedangkan yang mentah pon aku bedal,.
lagikan yang dah di masak,..

tempe goreng,
tempe sambal,
tempe masak asam,..

emm... (*sumpah aku lapa mlm2 niyh)

tapi awas,...
jangan sampai anda membeli tempe busuk a.k.a tempe yang dah expired ,..

niyh rupa dy,..

ade yang kate lagi tempe busuk niy sedap dimakan,.. (*ewwww... not me)
tapi pade aku,.. kalau tempe dah lama niyh,.. rasa dy sama macam makan tempe yang penuh habuk,..
maksud aku,.. bukan lah khau tiup berhabuk,..
tapi bau dy dah xsedap,.. emmm... xsuke2,..

ape pun,.. aku nak cari maggie kejap,.. lapo lah pulak,.. XP

selamat membaca,..

with lurve,
~ mohabbatein ~
annie

Thursday, October 25, 2012

if and only if....

boyfriend??
haha,.. i will say no,..

lupakan jer lah,..
kecuali,..

if,. and only if,..
you have biceps .... macam



haha,..
acano??...
ade muke mcm dy??
xde,.. ucapkan selamat tinggal je,..
haha
(* enty niyh kan bersambung..sila klik sini untuk sambungan,..kalau belom boleh klitmaksudnya belum ada sambungan lah tuh,.. XD),..

sekian,.


Monday, October 15, 2012

EX_BF??

"kita putus"
       "selamat tinggal"
"saya bukan orang yang layak untuk awak,..bye"

"saya sayang awak,.. tapi saya sayang dia,..(B)"
     "tinggalkan saya,.. kalau awak pilih dia"

Assalamualaikum,.
   hai korang,.. amacam,.. penah mengalami situasi diatas tuh??..
pernah?... apa rasanya,.. sedih,.. perit,.. gembira,.. frust??... haha,. terpulanglah,..
apa??.. EX_BF??
    haha,.. saje je letak,.. xsemestinya BF tuh state for boyfriend jer,.. bestfriend pon boleh!,,.haha,..

so,.. acano ex2 korang?..sihat?.. sakit??..hidup lagi ke dah mati??..ape2??O_O xpeduli dah,..
   haha,.. dasyatlah korang niyh,.. ok,.. mula2 kita cite pasal "BESTFRIEND" dulu,.. okey??

~BESTFRIEND~

hahh,.. korang mesti ade bestfriend kan,.. EX_BESTFRIEND???
    tipu lah xde,..

kawan yang dulu kita sangka baik rupanya gunting dalam lipatan??
sahabat yang dulu kita sanjung rupanya duri dalam daging??
saudara yang kita sayang2 rupanya kambing hitam??

      mesti ade kan,..??.... (cepat,.. cakap,...!! cakaaappp!!!)
so,.. apa yang korang rasa,... bila bestfriend korang mengkhianati korang sendiri??... atau,.. korang yang khianati bestfriend korang tuh??!!O_O hahhh,.. nah,.. hamik kau,..

mesti korang ingat lagi pic2 yang korang post kat facebook,.. best friend forever,.. letak kat dalam bilik lah,.. dalam diari lah,..kat dinding lah,.. =_='
       ade2??...
korang masih berhubung lagi dengan dia x?.. kenapa??.. benci??...atau dibenci??..
xkesah lah ape pon,.. korang kene ingat,.. dia pernah jadi kawan baik korang,..

  sehati sejiwa,.. susah senang bersama,.. sakit pedih bersama,..
semua korang kongsi bersama??... mengapa harus korang tinggalkan dia??... ditinggalkan dia??... emmm,.. ye ke??

       ingatlah manusia xsempurna,.. janganlah benci dia terlalu sangat... mungkin dia xsedar apa yang dia dah buat,.. cuba bagi peluang??.. chance?? xboleh??
     bagilah peluang kat dia,.. apa?. dah bagi,..tapi dia buat lagi,..
TINGGALKAN DIA

ye lah,.. tinggalkan dia,.. leave her/him,.. ok?... tapi jangan benci dia,.. biar dia sedar apa yang korang rasa,.. apa yang dia dah buat,.. ok??..

(alamak,.. sakit perutlah,..toilet jap,.. >__<!!)
ok??..
     haha,.. ok,.. masuk bab dua,..

~BOYFRIEND~

ade bf?? ex_bf??.. ade?.. haha,.. nape??.. frust??.. sedih??.. tgk mcm aku happy jer,.. (XPhohoho)
    benci,.. sakit hati,.. menyirap,.. ?... ape lagi??..  sayang??..  cehh,.. ye lah tuhh??.. kalau sayang kenapa jadi ex kau?.. apa?.. dia tinggalkan kau,.. ke khau yang tinggalkan dia??
hahh,.. jawab2,.. cepat!!
       haha,.. sentap kau,..

ala,.. ceingat,.. dulu couple,.. punye lah,.. macam belangkas,.. hoi2,.. rimas kau tengok,.. =_=''
    rimas,.. rimas,.. rimas,.. RIMAS!!

aku rasa gambar boleh buat folio kot,.. xpun muzium korang amik,.. haha,.. kan~~
lepastuh upload letak title besar2,.. " SWEET COUPLE EVER"
    PUIHHH!! :P
Cweet lah sgt yang oit,..naik bebulu orang lain tengok,.. kalau perangai baik xpe,.. niyh,.. huhh..

konon sweet couple of the year,..berkepit sane sini,.. buat perangai tah hape2,.. oit2,.. ni malaysialah,.. even sekarang niyh dah masuk zaman atom pown ,.. malaysia xkan bertukar jadi amsterdam...

lagi,.. dulu punye kate sayang... love forever after,.. haduii... dah putus,.. nah,.. hamik khau nyah..
mcm2 keluar,.. dulu sayang,.. sekarang bangang,.. dulu baby sekarang b..... adehh,. =_="
(yang tuh pikir sendiri)

apa2 pon,.. bende tuh dah lepaskan,.. kenapa masih nak di ingat,.. memanglah orang yang lupakan sejarah merupakan oarang yang akan mengulangi sejarah... tapi,.. xke korang rasa...

kenangan tuh patut korang simpan,.. korang xkan dapat kembalikan masa lalu,..
and why not korang accept dy sebagai kawan even lepas break pown,.. walaupon korang xmacam sebelum niyh sekurang2nya,.. ada sesuatu yang korang boleh kongsi bersama,.. kan??... :)

jadi...

O_O
apa korang rasa tentang cinta??
apa korang rasa makna sayang??

boleh tafsirkan?...
semua tu subjektif di alam fana,..
x rase ke macam tuh,..
yang patah kan tumbuh,.. yang hilangkan berganti,..
yang tumbuh xkan sama,.. yang diganti pastinya berbeza...

jadi anggaplah semua tu sebagai persinggahan dalam perjalanan hidup korang?.. ok?
ex bf... kasih dan sayang yang tiada ganti,.. memori suka duka bersama,.. anggap sebagai melodi silam yang kita putarkan semula dalam mimpi,..

tamat.

lurve,..
annie,.. <3




Sunday, October 14, 2012

kerana pembaris....

dear blogger,..

mungkin aku belum cerita,..
aku ada satu tabiat buruk dari dulu sehingga kini,.

"aku xsuke buat garisan guna pembaris"

that fact,..
yup,... dan sebelum tuh,..
dengan segala rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua cikgu,..
cikgu2 dari sekolah rendah sampai sekolah menengah,..
terutamanya cikgu matematik dan juga beberapa mata pelajaran yang lain...
maaf cikgu,.
saya tetap xguna pembaris,...

semuanya sebab,..

dulu2...
bila keluarkan pembaris,.. mesti hilang,..
aku pon xpaham,.. pembaris je kot?.. O_o"
 pemadam pon,..

tapi pada aku,.. hilang pembaris aku xboleh terima,..
haihh,..
dah lah matematik banyak garis2,.. -_-"

sebab tuh lah,.. tabiat buruk aku tuh tetap ade sampai sekarang,..
walaupon aku rasa dah naik bosan cikgu2 tegur,.

"guna pembaris"

tapi cikgu,..
tolong faham,.. plezz
saya xsuke bile barang hilang,..
xkanlah tiap2 minggu nak beli pembaris??

maaf cikgu,..
semuanya kerana pembaris..
 tapi jangan risau,..
ada masa saya tetap guna pembaris,..

:)

lurve:
~annie~

Wednesday, October 10, 2012

cukup.. aku rimas...!!

dear blogger,..

I'm sorry to say this... tapi

apa kriteria yang korang tengok bile add seseorang tuh kat fb atau follow kt  twitter atau blogger??

handsome/cute?
many mutual friends?
stalk him/her?
there is any benefits that you gain behind that?
or ...
saje2 jer...??O_o



it's that true??..
it's I'm right?...

i think the answer is
yes...

then...
bile mcm2 jadi...

kene culiklahh...
orang tuh menggatallah...
kate gambar kene salah guna lahh...
itulah..inilahh...
sebok salahkan orang lain..
haihh... rimas..

come on...
what the hell with you?
dah dulu ko jugak yang add dy??
hehh??....
kan3...

so,..
berhenti cari salah orang?... boleh?
dan..
tolonglah... can u stand on your own feet?
huhh,,, (menghela nafas..)
cukup... aku rimas...!!
then I'm gonna make this choice..
trust me,..
all of you ...
is not a stranger..

it's only person..
that i don't know enough...
sorry if i don't accept your request..
I'm already tired with that..

and
i hope..
all of you..
will enjoy this disappointment from me...
I'm not i such type of people...
sorry...
(*bad mood)

and
don't even try too say ...
yang aku niyh budak sekolah...
puffff...
jerk
i'm already 19 this year..
and it's gonna be 20 for next year..

so.. don't play like i'm such in a school type person..
can you? 

sincerely,
annie,..

Saturday, October 6, 2012

unawares??

assalamualaikum,..

dear blogger,..

unawares???? about what??...
haiyaaa... lagi mau tanya kaa....
haruslahh final examination..... =__="

three papers done,..

monday-01.oct = english (* ok2 je lahh.. essay kan..)
tuesday-02.oct = chemistry (* haya mampu berharap untuk lulus,.. tah genius mane yang buat soalan tah...)... frustrated
wednesday-03.oct = ctu/science & technology in islam (* huhhh... bolehlahh.. nampak lah harapan lulus dapat sekurang2nya B)

and three papers left...

thursday-11.oct = physic (*....ok... please be nice with me... can u??... T_T)
sunday-14.oct = biology (* ...ohh.. You're my only beloved subject... tolong... jangan curang kali ini... )
thursday-18.oct = mathematic a.k.a calculus (* .... ok... yang ni... huhhhh.. sangat xberharap genius yang buat soalan... tolong??... kalau x mesti ade formula baru nanti)

and last....

balik!!!! yeppp.. itu penting...
but... to everyone and myself ....
in every final examination... we must being prepared to unawares thing ....

1) tricky question from genius question makers (*huhhh... benciii!!...)
2) two final paper examiner (*xtau mood dy mcm mana... )
3) your alarm.... (make sure it's working... teruk kalau bangun lambat! )
4) yourself... ( don't panic, keep calm, take deep breath, and don't be to sure with your answer...make second check.. )

and.... good luck...

lurve..
annie,... <3

Saturday, September 29, 2012

kasihan bboy ku....

assalamualaikum...
dear blogger,... berkenaan tajuk diatas.....
hehe...

buat bboy ( dulu/kini/akan datang/selamanya) ... dengan penuh <3... maaf...

kasihan bboy...

1) aku xpandai nak melawa mcm awek2 lain (make up tebal2... ehh... seriously rase muke aq mcm badut bile begitu....)
2) aku bukan jenis manje vs ngade2... (ohh i hate gedikss... sungguh aku xtipu)
3) i'm not gorgeous... (seriously,.. jgn harap ape2.. aku xpandai bergaya)
4) not really perfectly beautiful...( without any scar on face.. parut jerawat..bekas jatuh tangga,bekas excident.... emmm... yup..)
5) seriously,.. aku ganas... suke main pukul2.. (sorry...tapi tuh yang buat aku seronok...haha)..
6) sgt xsuke berkepit mcm belangkas 24hours... (seriously,.. rimas!!..)
7) aku suka makan ... ( mencintai sgt kepada makanan walaupun bukan jenis yang perut bertangki2... jadi jgn pelik bile aku makan banyak)
8) i'm sensitive.. ( even aku kelihatan ganas/ mungkin kdg2 mcm xkesah apepun.... perempuan... hemmm... sensitive.. )
9) aku xsuke mencarut... ( ya... segala kata bagai yang merepek atau yang menunjukkan khau tu kononnya mafia or anything... percayalah... aku xsuka.. atau aku akan balas dengan lebih teruk..)
10) aku kaki buli .buli balik.. ( ehhh... haha... buli... sikit lahh...)

dan bboy.... maafkan aku...
aku bukan jenis perfect ever women yang gorgeous and perfectly beautiful n sexy... ohh.. no!
aku bukan jenis yang suka berkepit..manje2 depan orang dan menggediks2 or mengada2 mcm the most sweet couple of the year... (lupakan je!!)
aku lebih suka pergi makan dari pada pergi dating kat taman2 berjam2 dan tahan lapar semata2 untuk kurus... (jgn haraplah)
aku bukan leh jenis yang skema gile (pakai spec penuh/pakai mcm budak ulat buku) ....tapi aku xsuke yang suka mencarut atau segala bagai yang menggunakan bahasa yang xsopan... (kalau kau buat... serious...u may not in a relationship with me)
dan buat bboy...
aku ni ganas... tapi not rally kaki buli 24jam atau queen control... (that shit...ohh!) ... aku suke pukul2... sebb tuh yang aku rase buatkan aku mesra...dan... xpayang nak berlagak kononnya ko mafia nak ugut2 segala bagai...dan jgn cuba utk mengambil kesempatan di atas kesulitan.. atau name kau akan didaftarkan di hspl.. ( kalau ko buat,.. mintak maaf kalau ko masuk icu pas tuh... aku 100x mafia drpd ko.. )

buat bboy...
aku xsempurna... tapi aku cuma aku dan aku tetap aku... aku setia jika ko setia...


(*seriously,.. aku rase niyh sebab aku lebih banyk masa bersingle....drpd berstatus in_relationship... haihhh... fact #3 of me... no commitment on uncertain relationship..yup..)

with <3
annie..

Thursday, September 27, 2012

teman pengganti..

lagu ini mengingatkan aku tentang kenangan kita,..



Rahsia ini....
Telah lama ku pendamkan,
Tiba masanya,
Segala-galanya,
Ku ceritakan.

Aku kan pergi...
Pergi ku tak akan kembali,
Tiba masanya,
Kau cari teman pengganti.

 ......................

percayalah aku rindukan kau,
kau pergi tanpa aku disisi,
kau pergi tanpa ku lihat buat terakhir kali.
kini yang tinggal hanya pusara abdi.
jasad tanpa nyawa dihadam bumi,

aku rindukan kau,
kenangan yang pernah kita bina,
walaupun cuma seketika,
percayalah....
yang terindah aku pernah ada.

aku rindukan kau,
senyum dan tawa kau,
biarpun kau jauh disana,
biarpun aku tertinggal disini,
aku harap kau bahagia,
disamping kekasih yang abadi.

alfatihah buat arwah...
S&S dalam ingatan.

~annie~

as sweet as sugar :)

assalamualaikum,
dear blogger...

17 august tarikh lahir ku...
and now , currently live on 19years old body. haha...

dan....
19 days later.....

there's a present for me.. form someone....
(yehhh..... bigg smile :D)

and guest what??... it's special for me,.. ever!
bcause of....
> never get that things from others before... (except my mother)
> never think about it when it's given to me...
> and,.. it's my favorite ....


dan ini dia...





perfume :)

dan kepada yang memberi....

> anonymous <
terima kasih kepada anda....saya sukakannya...
dan kepada anda,.. jangan risau saya akan gunakanya, xperlu bertanya lagi...
(penuh senyuman setiap pagi,... smile :D )
dan anda......
 trust me,..
every moments between us,. is sweetest moment.. (cehhh...perasaan..XP)...
as sweet as sugar...
and.
thankyou to be my friend.... (big hug!!!!) XD
thank you... with love <3

haha... sweet??... as sweet as sugar..
sugar k.. not candy.. nanti penuh bersemut...

:)
lurve ,..
Annie.. <3

Wednesday, September 26, 2012

roses are red, violets are blue

assalamualaikum...


roses are red,
violets are blue.
sugar is sweet,
and so are you.


mesti korang pernah dengarkan... quotes yg segala macam tuh.. kadang2 orang tukar ayat dia. tapi yang kat atas tuh ialah petikan asal poem niyh...


niyh poem dari england tahun 1789.. emmm.. sgt lama.. yaa... lama..

dan saya.. sgt sukakan bahasa.....
apa2 bahasa. bahasa melayu.. English.. Japan.. Spanish.. .... etc

dan korang???....

bahasa budaya bangsa...  :)

lurve annie..<3

Monday, September 24, 2012

bile "key_pad" tercabut..

assalamualaikum,..
heyy..
     best x tajuk.. emm.. tapi citenyer.. hehehe..

once upon a time.....

    aku benci betul bile time ade banyak assaignment.. mesti ade je bende yang xsepatutnya berlaku dan membuatkan hidupku menjadi kucar kacir!!!... ciss.. =__=

bile keypad tercabut...
ganas sangat ke aku niyhh... emm. aku rase x kot...
 niyh sume gara2 menongkat dagu kt dpn lappy... xperasan pulak yang siku tertekan satu button niyh sampai...  errrk.. tercabut... yee.. tercabut..
dan
gara2 keypad lappy yang tercabut tergendala semua kerja2 aku... sumpah menggelabah mcm hape..

        tapi nasib baik...
keypad tuh boleh pasang balik.... satu jer pon... tapi kalau yang satu niyh pon xde memang xboleh hidup...
    untuk pengetahuan anda yang tercabut ialah ( Fn )...
mcm mne aku nk on bluetooth dan guna segala2 shortcut kat lappy niyh,.. haduiinyapunn..
xpelah. masalah selesai 15min lepas kejadian berlaku.. tapi lepas tuh,.. dah takut nk menongkat dagu pan lappy lagi.. haha

lurve,
AnnIe.. <3

Thursday, September 6, 2012

suratan ATAU kebetulan??

Assalamualaikum, dear Blogger,..
   final exam dah dekat,.. lebih kurang 3weeks lagi,.. so, i'm quit busy right now n dont have enough time to up date blog status,..

wait?... why I'm write in english??.. haha,.. biase lahh,.. "manglish" ,.. kene lah practise "english"... yupp,.. I don' have a proper language in english,.. hehe

ok,.. back to our story,..
          SURATAN ATAU KEBETULAN??
timbul idea bila studeng hkb (drama) buat sketsa tentang 'suratan atau kebetulan',.. hkb tuh state for kokurikulum subject which is the student from part 1 until 3 need to pass these subject.

           kenapa suratan atau kebetulan??
pernah x pergi kelas tibe-tibe ade yang pakai baju sama dengan korang?
pernah x bila korang rasa apa yang orang lain fikirkan atau rasakan sama dengan korang?
pernah x korang rasa suatu bende tuh akan terjadi dan tetibe bende tuh terjadi?

pernah? xtau xpernah ?... semua ni suratan atau kebetulan??

setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya,... tapi adakah suratan itu berkaitan dengan kebetulan?? atau semata-mata sebagai satu kebetulan, atau semata-mata satu suratan yang kita perlu terima ,.. qada' dan qadar??... semua yang telah ditulis..

bila kita fikirkan,.
     emmm,..ce fikir,... baju yang korang pakai sama dengan orang lain yang korang jumpa waktu korang pergi jalan-jalan atau waktu korang pergi kelas?,... dan tiba-tiba ,.. ada bende terjadi kat orang tuh,.. contoh jatuh tangga?,... kene rompak?.,, atau lain-lain...
    apa yang korang fikirkan??.... mungkin mula-mula korang akan fikir yang bila baju sama tuh adalah suatu kebetulan yang tidak di sengajakan!... dan kemudiannya korang fikir pula yang kejadian itu dengan baju yang korang pakai adalah suatu suratan takdir,...

     pertemuan korang dengan seseorang telah membuatkan korang jatuh cinta kepadanya,.. pada mulanya hanyalah sebagai seorang kawan apabila kebetulan bertemu di perpustakaan... belajar bersama dan sebagainya,.. tapi akhirnya korang rasakan yang korang mempunyai fikiran yang sama,.. perasaan yang sama dan akhirnya menjalinkan cinta yang 'sah',..
       adakah ini suratan??.  atau kebetulan??
atau suatu kebetulan yang membawa kepada suratan takdir korang???

erkkkk??
pening kerr??... haha xpe lah,.. korang faham-fahamkan sendiri lah yee,...

so,... suratan atau kebetulan???
apa yang korang fikirkan??.... apa-apa pun percaya lah,.... ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian,..

salam sayang
with LURVE and BIGG HUG!! (hahaha)
ANNiE,.. <3

adioss,.. 

Friday, August 3, 2012

#1 success

  
assalamualaikum.
   hai blogger,.

~ tea time ~

success,.. apa yang anda fikirkan tentangnya??. .. cuba fikir sebentar sambil2 kita minum teh panas yang menyegarkan minda,.. hirup lah aromanya dalam2,.. dan fikirkan,.. apa itu success?? ,..







success is a journey not a destination _ Ben Sweetland ...
tapi mengapa??
kejayaan adalah suatu perjalanan dan bukannya destinasi??

kejayaan adalah perjalanan untuk mencapai suatu destinasi yang kita ingin tujui,.. cuba kalau kita nk pergi mana2,.. tapi tiba2 kenderaan rosak??sampai xkat destinasi kita??.  hahhh,.. nampak x,.. nampak x??.. hehe,..

next is,..


..... hahhh,.. fikirlahh,.. xkan tuh pun nak translate kot,.. haha..

but always remember,..



LIFE IS TOO SHORT TO WAIT... :)

lUrvE Fr0m ;
aNnIe,. <3

Saturday, July 28, 2012

PraNk Him!! XP

assalamualaikum,..

date line: 27/july/2012
place     : gentam,kuala pilah n9
date birthday : 28/july/2012
attendance : full

report:

    heloo2,.. its mee,.. mengantok pagi2,.. tapi excited gile pasal bende niyh,.. haha,.. bdy membe aku,.. best on ever!!,.. serious,.. haha,.. situasi yang terancang(lah sgt) last minute niyh akhirnya berjaya juga walaupun ade bau2 yang terhidu oleh mangsa,. (cehhhh)..
              ceritanya,.. kami2 yang gila2 niyh,.. buat bdy prank sehari sebelum birthday,.. muahaha,.. gile!!!!!
      mangsa,. dengan segala hormatnya di mandikan dengan air sirap,.muahaha,..sirap,..+++ ibu sirap..(copp,.korang taukan sirap tuh ape??,..xtau google)
   hehe,.. dan + + + dengan bedak,.. muahaha,.. wangi beb,..
gile punyer prank,.. haha,.. paling best,.. kene simbah dengan 1/2 baldi air lepas kene sirap,.. n +++ dengan satu botol ibu sirap,..haha,.. kesian birthday boy (kesian ke??)
       so,.. pic belom dapat lagi,.. yang ade pon aku rembat kat fb kawan aku (haha,.motif gile),.. haha,.. apa2 pon,.. aku ucapkan selamat hari lahir yang ke 19 buat membe aku,.."happy birthday kawan!!,aku syg ko ketat2,.. " #ehh (O_o? motif sgt kerr??..haha,..sengaje,..tetttttt)
      yang penting,.. khau mandi sirap!!!! MUAHAHAHAHAHAHAHA,..
(ok fine ngantok)
      apa2 pon,.. selamat malam,.. hehe,..

................to be continue...................






BIRTHDAY BOY!!!!
name: none
date of birthday : 28/july
occupation : student
 
~untuk dia~

  • happy birthday kawan!!
  • semoga happy,. n sukses selalu dalam hidup!!
  • may allah bless u always,..
  • (ok,.. xengat,.. simpan utk lain tahun)
  • dll (muahahaha)
 lurve from:
ANNIE ,.. :)
<3

Wednesday, July 18, 2012

~sebelah jiwaku~

Assalamualaikum w.b.t
Dear blogger,.

diary today,
18 July 2012,

6.10 mint. pagi,..aku terjaga
hati terasa resah.
gelisah,
fikiran kusut,
segalanya,.
mimpi lagi??
knp mesti dia?
NO!
xkan pernah kau wujud walau dalam mimpi sekali pun,
xkan,
kau cuma khayalan,

aku hanya mampu bersujud padanya,
minta ampun dari segala dosa,
kerna aku manusia,
tidak sempurna,
lepaskan aku dari siksa ini tuhan,
pedih aku rasa.

12.00 tghhari,..
melamun dalam terik mentari,
terang tapi suram,
panas tapi dingin,

jiwa seiring dengan melodi,
aku xmahu dengar apa2,
aku xmahu dengar suara siapa2,
biarkan aku dengan duniaku.

2.10minit petang,.
udara itu segar,
hijau alam itu indah,
air mengalir itu sejuk,
aku kembali ke alam yang dah lama aku tinggalkan,
aku kembali ke jiwa yang aku lepaskan,

antara terjangkau mahupun tidak,
separuh nafas aku menyelam ke dasar,
sebelah jiwa kurelakan pergi,
biarlah ia terjadi,

ambillah segalanya,
sekalipun nyawa yang kau pinta,
aku cuma mahukan bahagiaku semula,
jangan pernah kau rampas itu,
 kau xpernah kenal siapa aku.

aku perlukan ayah,
aku perlukan mak,
aku rindu mereka yang kenal siapa aku,
aku rindu mereka yang sentiasa memahami aku,
menjaga aku,
aku rindu peluk mesra itu.

5.00petang,.
hujan merintih disebalik tirai senja,
mentari kedinginan dalam selimut awan,
aku rela,
biarkan aku dengan melodi,
andai aku xmampu menggapai purnama yang berseri,
aku pasrah,
biarkan takdir yang menentukan,

kau,.
kau akan tahu siapa aku,
bukan seperti yang kau sangka,
kerana aku bukan aku,
jika sebelah jiwaku tiada,
ya,.
sebelah jiwaku tiada,..
kerna kau jiwaku pergi,
kerna kau sebelah jiwa kumati...

LURVE
~annie~ <3

Thursday, July 12, 2012

~TIPAH HISTORY~


TIPAH HISTORY (SEASON 1)
~TIPAH TERTIPU LAGI 1~


(sebelum kejadian)
*(b....) ye awak,..boleh saya tolong?
  (tipah) mcm niyh,......bla bla,.. bla,.. bla,..bla,..bla,.. saya takut nnt lari ..... bla3,..
   (b....) ok,.. nnt pandai2 lah saya buat,.
  (tipah) ok,.. > percaya 110% <

(semasa kejadian)
* krik ,.. krik ,.. krik ,.. krik ,..

(selepas kejadian)
 *(tipah)  .....( =__="") dafuq ,.
   (b.....) ????


ok,.?.. xpaham,.. takpe,..

Dear blogger,
Assalamualaikum w.b.t

ok guys,.. mesti dan pastilah korang rasa pelik dengan situasi di atas,.. xpelik?.. mungkin korang pernah rasa,.. nk tau cite pasal ape??..sebelum tu,.. sila baca ni,.. :

AMARAN!!
  1. budak baru naik adalah perlu dalam pengawasan orang dewasa.
  2. sesiapa yang berpenyakit hasad dengki, iri hati, tamak haloba, panas baran, sentap terlebih, mulut ....... , dan penyakit2 yang berbahaya dan serius tidak di galakkan untuk membaca post ini.
  3. semua cerita tidak berkaitan antara yang masih hidup atau mati.
  4. harap pengajaran dapat diambil sebagai ikhtbar untuk kita semua.

ok?... jom mula,..
hahhh,.. laaa niyh cheq nak habaq kat hang,..
  tipah tertipu lagi... Hang tak tau ka??... laaaa,.. meyh sini cheq cita dari A - Z ,.. boleh na??...

niyh,.. ade lah kisah,.. tipah tertipu,.. dengan siapa??.. heee,.. satt naa,... nak cita laa ni,..
      berlaku satu situasi dimana tipah perlu menyelesaikan tugas yang diberikan kepadanya,. dalam pada yang sama,. bosnya memberikan arahan agar dia berhubung dengan rakan yang yang berjawatan kelebihan pangkat terlebih sikit jer daripada dia untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. so, si tipah pun pergilah,.. deal. . rakannya kata,.. ok3 je,.. nnt pandai2 lah dia buat,.. dan si tipah niyh pun percaya 100-200% dengan kawan dia tuh,..
      sewaktu hari kejadian,.. segala2nya yang telah disusun rapi,..hampir tiada 0.5% pun kemungkinan masalah yang akan timbul mengikut pengiraan semua orang,..
     malang tuh xde bau,.. waktu kejadian,..habis,.. habis,.. habisssss
memang,.. xtau nak cakap apa,. kerja berjalan tapi xsempurna,.kucar kacir,..xbersistem,.macam xpernah buat kerja,.. terduduk si tipah,.. nahhhh,.. HAMIKK KHAUU,..
 tipah tertipu (x1)
         pada situasi yang lainnya,.. haiyooo,.. tipah2,.. jatuh cinta kaa??.
(hukhukhukhuk,..batuk pulak,.. emm,..cuaca xbrape baik,..cegini leee) ... dah2,..sambung balik
si tipah jatuh cinta dengan si jejaka,.. punya dia menjaga hati,.. katenya xnak pisang berbuah dua kali,.. (copp,..untung apa buah dua kali,.kaya tauke pisang,.heee) ... bercinta punya bercinta,.. percaya punya percaya,.. janji punya janji,.. impian punya impian,.. harapan punya harapan,.. layan dah cukup baik,.. mesra dah cukup rasa,.. batas dah sememangnya terjaga,..
katanya jadi ke jenjang pelamin,.. (katanya,...) tapi,.. emmmm,.. bukan jodoh,.. putus ditengah jalan,.. laaa,.. sumpah si tipah frust menonggeng khauu,.. haaaa,.. tak tipu,..
         macam2 dah si tipah ni buat untuk lupakan dia,.. (katanyaa,..) tapi,.. entah lee,..no comment,.
kasihan si tipah niyh,.. merana dia,.. yang si jejake niyh pun satu,.. dah le bagi harapan,.. pastuh tinggal cegitu jerr,.. tengokk,.. aku jugak yang tipah ni cari,.. haihhh.,.. susah2.,. senang cite,..
tipah tertipu (x2)
        
dahh cukup,.. cheq dah penat nk cita,.. niyh tekak dah hausnyaa punn,.. haihh,.
    cukup cerita pasal tipah tertipu,.. x??.. jangan risau,..sebenarnya memang belom habis pun...haha... tipah tertipu (x3)

... mesti korang tetanya2 siapa tipah??... haihh,.. korang leee,.. niyh,.. moral of the tipah history,..(aku dah penat nak menaip,..ok,..sebenarnya batery tinggal sikit,..mals nk cas,..),..ok next,.

(MORAL OF TIPAH HISTORY)
  1. jangan mudah percaya dengan orang lain melebihi 50% terutamanya bagi kerja2 atau apa2 yang korang rasa penting bagi korang sekalipun orang tuh orang penting dalam hidup kau,.. paham??
  2. jangan mudah termakan janji,.pujuk rayu,.bla bla bla,..(korang fikir sendiri) dll dengan orang lain jika korang xnak pisang berbuah dua kali,.. 
  3. jangan mudah menjadikan diri anda sasaran orang lain untuk menanggung kesalahan yang sepatutnya bukan terletak dibahu anda,..kecuali kalau korang nak sangat lahh,..
  4. jangan rasa diri tuh cukup bagus untuk semua perkara,.. no body perfect ok,.. but practice make perfect,.. :)
  5. kawan sejati sampai mati susah nk cri,.. kawan katawa ramai,..
  6. apa2pun yang terjadi,.. apa2 pun,.. iagat lah pencipta kita,.. kembale kepadanya,.. kerana dialah segalanya,..

~tipah history~
motiff sangatt,..

bersambung................(maaf xbrape sihat)

LURVE FROM:
ANNIE