Saturday, December 8, 2012

aku tak faham...

aku tak paham,
adakah kita ni kawan sejak azalinya kita bertemu,
ketawa, gembira, menangis bersama,..
walau sekuat mana pun badai yang melanda kita..

aku tak faham,
apa yang kau maksudkan sebagai kawan,.
adakah seseorang yang boleh kau main2 kan,..
adakah seseorang yang kau sentiasa jaga hatinya,..
adakah seseorang yang kau anggap sebagai saudara sendiri,.

aku tak faham,
kawan,
sahabat,
kekasih,
apa sebenarnya yang kau maksudkan,..

aku tak faham,
dengan segala pencaturan yang kau sediakan,
aku tak faham,
apa sebenarnya yang kau inginkan,
perhubungan atau persaudaraan.

maaf tapi aku tak faham,
segala yang kau rencanakan bermain di minda,
segala yang kau katakan menjadi mimpi,
segala yang kau lakukan menjadi bayang,
segalanya menghantuiku.

aku tak faham,
mungkin aku tak pernah faham,
atau mungkin kau yang tak mahu aku faham,
segala kepastian,. ataupun kepalsuan,.

oleh itu sayang,
dengan ini sahabat,
kerana mu kasih,
demi pertalian ini saudara,

jelaskan aku,
jangan biarkan aku keliru,
fahamkan aku,
jangan biarkan aku buntu,
dengan semua permainan hidup ini,

kerana aku tak faham,
aku tak faham,

2 comments:

krunch2sa said...

aku pon tak paham *scratch head*

syazwani annie said...

haha,.. buat2lah faham ye,.. :P