Sunday, June 30, 2013

~ hate ~

dear blogger..

Ada masa bila aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa.. aku akan ke blog bercerita masalah yang akan dibaca oleh pembaca misteri yang aku cuma tahu statistiknya sahaja..bukan wajah air muka ataupun nama untuk aku kenali.

Ada masa bila tahap kepanasan lahar dalam luka hati ni dah terlampau panas menggelegak..aku akan luahkan semuanya juga.. aku cuma manusia biasa yang limited tahap kesabarannya.aku cuma manusia biasa yang bukan seagung_Nya yang punya limpahan kasih sayang dan maha pengampun.. bukan aku.

Ada masa bila aku tak mampu lagi untuk bertahan dengan selaput iman aku,. mungkin aku dah lama melakukan cubaan membunuh jiwa yang paling aku benci,. ya ..aku benci.. dari aku lahir sampai sekarang.. aku benci,. semakin lama benci tu semakin besar macam barah.. sakitnya cuma aku yang rasa.. kau curahlah kata-kata semanis madu sebanyak air dilaut sekalipun takkan mampu mengubat.. takkan..

Aku cuma mahu kau pergi.. pergi,. jangan gangu aku lagi,. jangan panggil nama aku lagi,. jangan libatkan aku dengan pertalian DNA yang takkan putus ni,.. pergi.. tinggalkan aku dan keluarga aku,. pergi,. kau aku benci sampai mati..

Aku benci bila kau panggil nama aku seolah-olah kau kisah dan tau semua pasal aku,.
Aku benci bila kau pura-pura baik mencurah kasih tapi sebenarnya kau cuma menipu aku,menipu diri kau sendiri.
Aku benci kau bila kau pandang aku dengan wajah suci kau dan kau kata yang kau sayangkan aku,.
kau tipu.. kau tipu.. KAU TIPU AKU.. KAU TIPU

Aku tak rela hidup dalam pelukan seksa kau,. lepaskan aku,. biar aku pilih jalan aku sendiri..
Aku tak rela kau sakiti orang yang aku sayang lagi,.merobek jiwaku bila melihat air matanya menitih,mendengar suaranya merintih.. aku tahu dia jiwanya derita meski dia tidak sedikit menyatakan.. meski dia hanya tersenyum melihat aku..

Ada masanya nanti aku akan lepaskan dendam ini.
Ada masanya nanti aku akan leraikan ikatan ini.
Ada masanya nanti aku akan pergi jauh dari kau.
Ada masanya nanti aku tak akan pernah menyesal.
Ada masanya nanti kau akan tahu siapa aku.
Ada masanya nanti kau akan rasa sakit ini.
Ada masanya nanti jangan pernah kau sebut nama aku, jangan pernah kau cari aku, jangan pernah kau sebut-sebut sedikit pasal aku,. jangan pernah mengaku aku,. jangan pernah kau menyesal apa yang kau buat selama ini kepada aku,..

sememangnya aku benci kau..
aku benci kau tak melihat mana kaca mana permata,.
aku benci kau yang berpura-pura..
Aku bencikan kau..
AKU BENCIKAN KAU SAMPAI BILA-BILA

P/s: sakit hati tu kau dibiarkan menjadi luka berdarah bernanah berulat.. dendam itu kalau dibiarkan lama-lama berakar membesar macam barah memakan manusia hidup-hidup..mewarna hati putih menjadi hitam,. meracun lembut hati menjadi batu... dan itu yang aku rasa sekarang

HATE
~annie~

Friday, June 21, 2013

semesta 5

Dear blogger,

Ok diva2 semua,. selamat kembali ke semesta 5 a.k.a tahun akhir untuk diploma kat FSG (*fakulti stress gilerr) ... akahsss

ok.. so ceritanya begini,. sem ni aku daftar untuk 6 subjek.. bio250 (*sbb aku drop sem lepas),bio300,ent300,phy340,phy351 dan csc307..
dan yang paling bestnye ialah.. SEM NI ADA DUA PROJECT!!!

fuhhh... (*lap peluhh)
sumpah mcm ape aku nak study .. dengan physic yang baru je dapat daftar sedangkan dah habis satu chapter blajar!!!!.. what tha' ... Omgosss

owhh.. xkesah lah.. sebab aku paling kesah bile hp aku buat hal..owhhh.... memang xlah...
*harap2 bile naik cuti raya nanti dah dapat hp baru lahh.. xpon esok je aku g beli.. hahaha

so.cite pasal project..
maby aku akan buat pasal aloe vera,atau kayu manis?
macam nak main masak2 pulak dahh gune kayu manis,. hohhh...whatever lah....

but it's seriously ...yang aku merindukan kucing aku dirumah... T__T

hailaaa.... bosan.. tapi bersyukur lah sangat sebab pendaftaran berjalan seperti yang dirancangkan.. :D..alhamdulilah..
debat pulak,..masih perlu memantapkan skill lagi,. yahh.. itu yg terbaik.. :D

ok..sampai sini je.. ada tutorial yang perlu diselesaikan,. bye2..

LURVE
~annie~

Sunday, June 16, 2013

misi menulis cerpen

hai blogger,

macam yang korang tau,. aku ni ade dua blog,. yang korang baca sekarang ni,. dengan lagi satu korang boleh tengok dengan klik dekat kotak kat atas yang ada tajuk "the other side" tu.. haha.. 0k?

misinya adalah untuk mengasah semula bakat penulisan aku yang dah berkarat reput ni. haha.. lawak.
apa pun diharap korang terhiburlah ye dengan cerpen kat blog lagi satu. blog tu aku khaskan untuk aku bekarya. so.. lepas ni xde lah aku membingungkan diri aku sendiri.. haha
*padehal aku pun tengah weng ni.. ngantuk

cerita yang aku dah update bertajuk.. 9.8m/s Graviti. haha.. sains gila punya tajuk.. maksud tajuk ni sebenarnya ialah rialiti hidup sebenarnya. apa yang terjadi di bumi nyata.
cerita lagi satu tajuknya 30 hari mencari cinta.
tapi mungkin episodnye lebih banyak lah,. haha.. malang sekali sebab aku belum post,, masih dalam draft.. harap bersabar lah ya..

>kalau sudi ..follow lah blog saye ni,. heww heww..
folow dua2 lagi bagus.. :D
:// gembira terlebih

LURVE
~annie~

Sunday, June 9, 2013

~rindu~

biarkan rindu ini bagaikan si merah yang merayap sepanjang lorong sempit kapilari..
sebagaimana kasih kukorbankan seperti tugas si adrenaline yang setia berkorban tenaga,.
rahsia cinta seperti antara kasih hitam dan putih warna mata..
sebagaimana dalamnya jiwa rasa yang tak berdasar..
semoga kasihmu membasahi jiwa ini..
dan biarkan ku lemas dalam lautan yang xbertepi seluas semesta yang xterjangkau,,
tinggalkan aku tenggelam dalam mimpi yang tak berdasar...
sejauh mana angan dan menung minda insan yang bergelar penyair dan pujangga..
selama mana impian masih ada dalam jiwa insan yang bergelar sang pecinta..

Saturday, June 8, 2013

monochrome

dear blogger,.
hari ini aku ade satu cerita,. lihat dan baca...

monochrome,.
hitam dan putih..

kita manusia hanya pelakon layar hitam putih diatas pentas dunia.. pelakon yang melakonkan watak masing2,. suka duka,.tangis tertawa.. cinta bahagia..derita nestapa..

hitam putih layar perak dunia,.cuma hitam dan putih,. yang menyerikannya dengan warna ialah kita.. watak dalam setiap cerita dunia,..ekspresi dalam panggung cermin refleksi.. mungkin cerita kita sama,. tapi ianya takkan serupa..
kerana kita berbeza.. kita pelakon bagi cerita yang berbeza,. cerita yang setiap satunya punya istimewa.. setiap pelakonnya,.punya cara

layar perak dunia.. refleksinya dapat kita lihat semula.. diantara satu cerita dengan satu cerita..
antara satu cerita dalam satu cerita.. berbeza tapi punya rasa yang sama..

hitam putihnya punya maksud..
hitam putihnya xbererti suram,.
hitam putihnya sangat bewarna...
yang membezakannya hanya mata kita..untuk melihat sesebuah cerita,. sama ada hitam ataupun putih.. ataupun berwarna...

LURVE
~annie~