Sunday, June 30, 2013

~ hate ~

dear blogger..

Ada masa bila aku dah tak tahu nak cerita dekat siapa.. aku akan ke blog bercerita masalah yang akan dibaca oleh pembaca misteri yang aku cuma tahu statistiknya sahaja..bukan wajah air muka ataupun nama untuk aku kenali.

Ada masa bila tahap kepanasan lahar dalam luka hati ni dah terlampau panas menggelegak..aku akan luahkan semuanya juga.. aku cuma manusia biasa yang limited tahap kesabarannya.aku cuma manusia biasa yang bukan seagung_Nya yang punya limpahan kasih sayang dan maha pengampun.. bukan aku.

Ada masa bila aku tak mampu lagi untuk bertahan dengan selaput iman aku,. mungkin aku dah lama melakukan cubaan membunuh jiwa yang paling aku benci,. ya ..aku benci.. dari aku lahir sampai sekarang.. aku benci,. semakin lama benci tu semakin besar macam barah.. sakitnya cuma aku yang rasa.. kau curahlah kata-kata semanis madu sebanyak air dilaut sekalipun takkan mampu mengubat.. takkan..

Aku cuma mahu kau pergi.. pergi,. jangan gangu aku lagi,. jangan panggil nama aku lagi,. jangan libatkan aku dengan pertalian DNA yang takkan putus ni,.. pergi.. tinggalkan aku dan keluarga aku,. pergi,. kau aku benci sampai mati..

Aku benci bila kau panggil nama aku seolah-olah kau kisah dan tau semua pasal aku,.
Aku benci bila kau pura-pura baik mencurah kasih tapi sebenarnya kau cuma menipu aku,menipu diri kau sendiri.
Aku benci kau bila kau pandang aku dengan wajah suci kau dan kau kata yang kau sayangkan aku,.
kau tipu.. kau tipu.. KAU TIPU AKU.. KAU TIPU

Aku tak rela hidup dalam pelukan seksa kau,. lepaskan aku,. biar aku pilih jalan aku sendiri..
Aku tak rela kau sakiti orang yang aku sayang lagi,.merobek jiwaku bila melihat air matanya menitih,mendengar suaranya merintih.. aku tahu dia jiwanya derita meski dia tidak sedikit menyatakan.. meski dia hanya tersenyum melihat aku..

Ada masanya nanti aku akan lepaskan dendam ini.
Ada masanya nanti aku akan leraikan ikatan ini.
Ada masanya nanti aku akan pergi jauh dari kau.
Ada masanya nanti aku tak akan pernah menyesal.
Ada masanya nanti kau akan tahu siapa aku.
Ada masanya nanti kau akan rasa sakit ini.
Ada masanya nanti jangan pernah kau sebut nama aku, jangan pernah kau cari aku, jangan pernah kau sebut-sebut sedikit pasal aku,. jangan pernah mengaku aku,. jangan pernah kau menyesal apa yang kau buat selama ini kepada aku,..

sememangnya aku benci kau..
aku benci kau tak melihat mana kaca mana permata,.
aku benci kau yang berpura-pura..
Aku bencikan kau..
AKU BENCIKAN KAU SAMPAI BILA-BILA

P/s: sakit hati tu kau dibiarkan menjadi luka berdarah bernanah berulat.. dendam itu kalau dibiarkan lama-lama berakar membesar macam barah memakan manusia hidup-hidup..mewarna hati putih menjadi hitam,. meracun lembut hati menjadi batu... dan itu yang aku rasa sekarang

HATE
~annie~

No comments: