Friday, October 25, 2013

JODOH VS CINTA

Assalamualaikun,
Dear blogger,
dengarlah apa yang hamba nk merepek hari ni ya..

cinta,
antara yang datang dari tuhan sekelip mata pada pandangan pertama ataupun dari baik budi bicara dan tutur kata,.

dengan,
cinta datang dari kenen2 manusia yang kononnya menjadi tukang mix and match kan hati macam puzzle..ingat ya,. mengusik dengan mengkenenkan tuh lain,. lain sangat,. jangan sampai tersilap langkah,.

jodoh,
jodoh dari tuhan tu rahsianya,.sama mcm cinta,. kita pohon kita pinta atas kehendakNya baru diterima, mungkin jauh mungkin dekat,mungkin kenal,mungkin tidak,. mungkin syg mungkin benci,. kalau dah jodoh,tak lari gunung dikejar..

berbeza,
jodoh dari manusia,.agensi menawarkan pakej mencari cinta,pasangan sehati sejiwa,sehidup semati,. belahan jiwa katanya boleh dicari melalui buku sakti mentafsir segala mimpi..ada yang guna segala jampi,.segalanya dikatakan pasti,.terjadi,. sudah,. mohon semua kembali pada ilahi

sayangku,
cinta itu suci,.
kadang2 kalau kau kata benci tak mahu macam manapun,kalau itu jodoh kau,.kau kawen jugak dgn dia.. biar kita xkenal dia,.kalau itu yang terbaik buat kita,. reda je,.
bagi yang bercinta,jangan pula menggatal tangan,..kalau nk jugak jumpa mak bapak mintak kawen,.untungkalau kau xdisatekan,.kalau mak bapak faham,kau jugak yang merasa..

aku?
xpernah faham cinta manusia,
cuma aku boleh mnganalisis,. cinta manusia ni banyak ragam,.
sapa banyak makan garam taulah pahit masin rasa cinta.
dan aku mengerti, aku memahami,
lebih baik dicintai, dari mencintai,

mohon ampun dari kalian,
cinta dan jodoh itu rahsia tuhan,
hakikat,
semua orang tahu,
sebab itulah,.
cukup sampai disini,
aku ingin katakan aku tak ada apa2 perasaan untuk mohd,. K,. I.
dia cuma kawan,.
kemaafan untuk mention nama,.
tapi aku dah penat,.
jadi aku beranikan diri,.
maaf,.
aku rela sendiri,.

cintaNya cukup agung padaku dalam hati,.
moga dengan cintaNya aku dapat bertemu cinta sejati,
yang hakiki,
aku menunggu,.
aku ikhlaskan diri,
pedih,.
sakit,.
tapi itu lebih baik untuk aku tahankan,.
daripada pedih ditinggalkan yang tak tertahankan,.

sayangku,
aku cuma manusia biasa,
punya hati perasaan yang sama,
andaikata,

hari ini engkau kawen dengan orang lain,. padahal dulu kau berpegang tgn berjnji setia pada kekasih,..bukankah pasangan kau akan cemburu?.. untungkalau dia faham,. kalau x?..

andaikata kenen2 cinta tuh bukanlah puzzle yang matching??memang muat tapi gambar lain?.. mcm mana?.. tak ke lain jadinya nanti,..

hari ini,engkau mencintai manusia sepenuh hati meski dia bukan yg halal.. dan dia tinggalkan kau mcm tu je ditepi persimpangan?.. hidup gundah mandi xbasah?..jiwa resah melayan rasa..
apa mau buat??..

baru terkial2 mencari tuhan,
minta ampun
tuhan kasihani aku,
minta belas cintai diriku,
apa salahku?..apa dosaku??

itu kau tanya?
memang mohon disatekan orang ini,.
dipanggang pun xmengapa,.
digulai atau direndangkan dalam kawah,.

kau dah pegang tgn itu ini kau kate xdosa?
kau agama apa?
nak kata jahil agama sek. menengah ade je pend.islam.
sudahlah manusia
korang memang alpa.

*
nasihat untuk diri sendiri juga,.
meski aku pernah merasa,.

kita sama2 beringat,.
mati tu bende paling dekat,.
bukan nk menakutkan,
aku sendiri rasa entah cukup entah tidak amalan,
entah ada ke tidak keikhlasan sebesar biji sawi tu dlam diri?
entah diterima atau tidak amalan selama ini,
ya allah,...

(diam)
belum masanya kawan,
jodoh aku belom sampai,
aku tau dia ada,
dan aku percaya tuhan sediakan dia untuk aku bila aku betul2 dah bersedia,
aku xmahu khilaf lagi,
aku xmahu disakiti dan menyakiti lagi,
biar kali ini yang terakhir kali,
kekal sampai jannah,.
dan pada yang asik nk mengkenen2 kan je,.
aku dah sedia soalan,.
untuk bakal yang dikenenkan,.
jangan ingat senang,.
nk tembus hati batu ni,.
sekian,.

aku ingin mencintai allah dan rasulnya sebelum aku mencintai manusia,
kerana aku tahu,. cinta illahi itu cinta sejati kekal sampai bila2,. tuhan indahnya cinta,.

#nota kaki

"sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang,maka janganlah kalian minta untuk disegerakan,..."_An-Nahl:ayt1

:: biarkan hari esok itu dtg dgn sendirinya,janganlah anda menanyakan khabar beritanya,.dan jangn pula anda menunggu wktu itu,. :: _latahzan

seal with a love
~annie~

Thursday, October 24, 2013

rindu pilah

Assalamualaikum ,
dear blogger,

satu minggu empat hari cukup untuk membuatkan aku merindui kuala pilah,. orang poyo je yang xmengaku dia rindu tempat permainan dia.

tu belom cerita dgn carving aku kat coconut shake,.. mau meroyan aku dibuatnya.
sepanjang kat rumah ni jugalah aku buat perangai macam2.. haha.. abah melayan je.. anak sorang lah katakan.. perempuan pulak tuh,. mau tak sayang.. ke sana ke mari,. yang itu yang ini,. ikut je,. mak pulak dah tak kuasa nak kata apa2,. haha.. tau anak dia manja dengan abah melebih2..

kucing aku?
jangan kata lah tahap mana rindu aku kat dia,. balik2 je memang aku gomol2 kucing tuh,. lama rasa tak bercakar2 dgn Bulat..makin bulat dan berisi badan dia.. haha,,. mak dah tak panggil dia bulat,. mak panggil dia mamat,. sebab mak kata,. dia dah besar..  aku pulak,. kejap bulat, kejap mamat,. bulat mamat,. bulat mamat,. mamat,. bulat,.. last2 tinggal hujung2 je,. mat-mat,.lat-lat,. hahahaaaa...

seminggu kat rumah,
berkarat lah otak,. sepanjang seminggu pertama sepanjang masa dihabiskan dengan sesi beradu di kamar yang indah sambil bermimpikan putera raja yang membelai lembut rambut sambil memangil2 nama dengan manja,. hahaha berangan !! patutlah banyak jerawat..hahaa
masuk minggu kedua nilah baru buat keje,. g kelas kemas,. belajar buat bunga reben,. menyental kasut converse kesayangan aku tuh,. mengemas fail debat,. mencari isi untuk "skrip novel" yang tergendala lagi terbengkalai tuh.. hahaa.. tapi bosan jugak,. macam,. kehilangan,.tapi apa ya??

emm,. tu lahh..
bergosip dengan makcik2,. seronok jugak sekali sekala mcm tuh,. haha..
ni aku dah mula nak berangan bawak kereta wira kat belakang tuh,. padehal xbiase lagi,. ==''
hahaa.. haduii.. melayan mak kat rumah,. bercakaran dengan bulat aku yg fluffy tuh,.. purrrrr,.. geramm!!.. haha

sudahlah sudah,.
penat menaip dalam keadaan macam ni,. *baring sambil bersandar pada bantal tinggi , lappy di sandarkan pada peha kaki yang dilipatkan sedikit,.

huhh..nk tidur,. pasti putera raja aku sedang menanti untuk mendodoikan aku didalam mimpi,. ohh,. indahnya khayalann!!... haha.. sudahh,. lain kali aku sambung lagi,. hahaa

seal with love:
lurve
Annie.:) <3

Thursday, October 10, 2013

Last Memori

Assalamualaikum,
dear blogger,.

ini bukan repost .
cuma gambar lama,.
tersimpan dalam memori
sahabat,
entah dimana mereka.
rindu itu pasti,
semoga bahagia milik kita,
sama seperti waktu itu,
:D

forever young







dalam kenangan;
GALA Kokurikulum 2009
Perlis.

~seal with love~
annie

p/s; masih lagi ingat macam mana seronoknya kat sana tak ingat dunia last2 balik demam seminggu,. hahahaa... #childhood 

Monday, October 7, 2013

Belated Birthday.

Assalamualaikum,
Dear blogger,

semakin tua usia ni,
semakin tulah rasa,
sedih sebenarnya sambut birthday ni,
makin tua kan,
maksudnya umur kat dunia ni pun makin pendek.

Belated birthday,
3bulan,
senyum,..
tak terkata,
terima kasih kepada roomate tersayang,
Aryna Majid,
kalau anda baca,
ketahuilah,
anda seorang roomate,
kawan,
kakak,
yang paling best dalam dunia,
aku pernah ada.

meski kek tanpa lilin yang perlu dihembus,
rasanya sama seperti menyambut birthday,
untuk kali yang pertama,
gembira,
hadiah,
cukuplah masa,
aku tak perlu yang lain,
terima kasih.

20 usiaku,
moga dalam usia hampir suku abad ni,
aku mampu mematangkan diri,
memahami apa yang perlu dan penting,
dalam hidup,
juga berdiri diatas kaki sendiri.

untuk kawan-kawan yang sentiasa disisi,
terima kasih,
atas segalanya,
overnight ,
truth or dare,
bedak,
kek,
kasih sayang,
semua,
anda begitu berharga,
anda umpama keluarga,
tanpa darah yang sama.

happy belated birthday,
untuk diri sendiri,
doakan saya tetap pendirian,
doakan saya berada di jalan_Nya yang lurus,
jalan menuju syurga_Nya,
bersama anda semua,
Insya_Allah.


~seal with love~
annie
:: foreveryoung

mereka yang bercerita

Assalamualaikum,
dear blogger,.

hari ni taknak cerita,
cuma nak luahkan perasaan jep,.
sebab dah malas nk cakap banyak kali,
ada mungkin mereka tak faham,
walaupun dah tua bangka,

dah penat nak cerita,
pasal mereka-mereka,
yang bercerita,
tapi
tak  mengapa,
aku faham,
mungkin kau kehilangan beberapa huruf,
dipapan kekunci,
lappy
atau pun punya,
papan kekunci yang dah lama,
pudar hurufnya,
keliru yang mana,
e dan w,
macam yang anuar hadi kata,
dalam vlognya.

ya.
aku pun faham,
yang kau,
nak tunjuk,
yang kau tu,
manja,
comel,
cute,
suka menggedik,
sedikit macam kanak-kanak,
terencat,
tak mengapa,
aku faham.

dan,
aku pun faham,
sekiranya,
anda ingin,
menarik perhatian orang lain,
dan memberitahu,
yang anda faham,
bahasa alien,
dan aku kolot,
sebab berbahasa penuh,
macam buat karangan bahasa melayu,
kertas essei spm.

tapi tolonglah,
aku tak faham,
tak boleh hadam,
sebab aku memang tak faham,
apa yang kau cuba sampaikan,
mungkin kau kata,
aku ni skema,
tak kesahlah,
apa pun yang kau kata,
yang penting,
aku tahu,
alphabet tu ada,
26 huruf semuanya,
dan papan kekunciku normal,
belum tercabut.

buat mereka-mereka,
yang terasa,
maaf,
maaf,
maaf,
tapi aku memang tak faham,
dan tak boleh terima,
maaf,
tapi bahasa melambangkan bangsa,
maaf,
jika terasa,
jadi mohon terasa,
dan betulkan papan kekunci anda,
sebelum saya tolong,
lebih untuk merosakkannya.

sekian.

 #pss : agk2 arr ann,law teww tuwlis cewginiw ad ak owang nk ace tew nye belok??.. iteww auu yg teww niew omeyy n ciut.. lulllssss......

SEAL WITH LOVE
~ annie ~
#forever young babehh