Monday, November 26, 2012

sesaat

26 november 2012

petang yang dilitupi awan mendung,.. sejuk terasa meremangkan roma
aku keluar daripada perut kereta setelah mematikan enjin..
melangkah bersama selipar 10ringgit keluar dari parking lot.

mata melirik ke kiri kanan,..
penuh kenderaan..
perlahan aku menuju ke kedai itu.
dan sesaat, kau datang...

aku lihat kau berkemeja hitam pekat, warna kopi
rambut kemas, pujaan hati
kau melihat aku,
aku melihat kau,
kita saling berpandangan...
kau ke perut kereta,
aku ke muka kedai..
terus melangkah...

dari tingkap kereta saga putih milikmu,
kau menjenguk keluar,
mengintai apa yang perlu,
tapi wajahmu bagaikan ada satu tanda tanya,
yang sebesar kapal terbang air asia..
aku biarkan,..
terus berpaling dan tersenyum,.. "hensem" terdetik dihati

bila mana aku keluar dari membeli,
kembali pulang dengan menapak ke parking lot,
kau sudah tiada,
dan sesaat itu sahaja pertemuan kita,
cukup sampai disini,
you're just somebody that i used to know.
today,.
and forever... if we're not meet again..

diet?

diet??
nope...
sama sekali bukan dalam kamus hidup aku...
aku niyh suka makanan,..pecinta makanan... xpercaya??
tanye mak aku.. semua aku bedal,..
*tapi aku kurang suke cheese.. bende tuh buat aku muak..

dan sekali lagi,..
derita akan melanda aku bile aku tengok budak2 perempuan lain sebok ber"diet"..
tapi satu je yang aku nak cakap..
bodoh..

diet sampai xmakan nasi?.. diet sampai tahan lapar semata2 nak kurus?
sumpah korang gilee..
bile mana korang cakap ,..  kau bolehlah,kau kurus,.. xkesah nak makan apa,.. payah nak pening pasal lemak yang dah berlipat2...
*cehh..
masalahnya sekarang,.. korang bukan diet,.. korang tu nak bunuh diri!!.. paham?
*hukum bunuh diri adalah berdosa ,..sekian

apa gunanya berdiet sampai masa korang bedal semua cikedis2 kat kedai depan rumah korang tuhh,.
tonggak air gas bergelen2 sampai habis air gedegang bawah blok... tu belum kire kudapan2 yang lain?... xgitu?

orang diet sepatutnya untuk jaga kesihatan,. bukan nak kurus dol!!
dah,.. salah tafsir kan??.. tu lah sebok sangat nk kurus mcm model usa tuh,.. dah macam rangka hidup pun ade aku tengok..

beginilah..
oleh kerana ramai yang jeles dengan aku yang berbadan kurus niyh,.. *poyo jee...hakkzz
niyh aku nak bagi petua kat korang,.. petua jaga badan bia maintain,..
acano??


1. kurangkan makan jajan/cikedis yang melambak2 tuh,.. *ni wajib
2. banyakkan minum air masak,.. dan kurangkan minuman bergas.. lebih baik kalau minum air tanpa ais.. sekali sekala minumlah jus.. kalau agak2 dah bosan dengan air masak, cuba titiskan perahan limau untuk sedikit perisa... *gaya ala2 pakar kesihatan,.. :P
3. jangan tinggal breakfast.. yang ni,.. korang cari kat mana2 web kesihatan pon rasenye dorang akan cakap bende yang sama,.. tujuannya,.. kalau korang amik breakfast,.. korang xkan makan banyak waktu lunch nanti,..
4. makan banyak kali,.. tapi dalam kuantiti yang sedikit,.. *yang ni memang cara aku..
5. makan makanan yang seimbang,.. ada sayur,.. ikan,.. nasi jangan buang,,. kita perlukan kabohidrat sebagai tenaga bukan protein macam kucing,.. *seimbang ni kalau sampai takat korang nak kire kalori rajinnye ok??..
6. kene rajin,. kalau malas jangan cari aku kenapa kau xkurus2..

ok,.. tuh je petua aku,. dan semua tuh aku buat kecuali yang ais tuh,.. sebab aku gile suke dengan ais,.. >_<!! *sume xdelah sampai kunyah ais bulat2

yang penting,.. jangan nak berlapar sangat lahh,.. xkurus2 pon aku tengok kau,. last2 masuk hospital jugak sebab xcukup zat,..
fine,.. cukup sudah aku membebel,. dan jangan jelez tengok aku kurus,. *muahahahahaha...gelak gaya mak tiri ...


Sunday, November 25, 2012

cerita selamanya...

aku kau dan dia
kita serasi bersama.
sehati sejiwa,
xsedarah tapi bersaudara,

aku kau dan dia,
kita berjanji setia,
erat, rapat utuh
macam simpulan tali yang takkan terlerai,

itu dulu,
tentang aku kau dan dia.
bahagia kita sementara.

aku kau dan dia,
kini tidak serupa,
warna darah sama xbermaksud hati pun sama,
aku kecewa,
dia derita,
kerana kau dalangnya.

mungkin cinta ini xselamanya,
mungkin cinta ini sekadar sahabat sahaja,
mungkin cinta ini bukan cinta biasa,
segalanya mungkin.

kerana kau, aku terluka,
kerana aku, dia merana,
kerana dia, kau berduka.

aku kau dan dia,
aku harap kita masih lagi bersama,
memegang erat tali persahabatan,
biar cinta itu terus terpahat dihati,
atas satu pengorbanan,

dimasa hadapan,
ada satu harapan untuk aku kau dan dia,
melihat anak cucu cicit kita gembira bersama,
dan disamping kita,
ada suami dan isteri2 kita.
xperlu diungkit kisah lama,
kerana sejarah xkan pernah berubah.

kerana aku kau dan dia,
sahabat selamanya.

cat_tum_bite

bace title tuh gaye orang putehh... ok,..
fine,.. entry yg ringkas

xgune punye cat_tum_bite...
*kini baru aku rasa nikmat menggonyoh/tenyeh mate tanpa rasa sakit bile2 aku nk tenyeh mate aku..

apa2 pun aku xnak jumpe docter kecuali dr. tuh ensem mcm baby ss501 aku tuh xpun mcm kim beum,.. boleh??

k bye..

*so boleh xaku tutup mata aku sebelah bile aku keluar pergi jalan2,.. atau pun lebih baik xpayah jalan,. fine,..

Thursday, November 22, 2012

tweet seorang budak

hari ini, kepalaku berpusing2 menunggu istudent yang lebih lembap mengalahkan sipat babi atas jalan,.. bosan,.. baru daftar dua dah xboleh login,.. cehh

tiba2 tersenyum,.. tweet sorang budak yang dihantar ke handphone old school aku sangat menarik perhatian,..

""jangan kita fikir kita sudah immune kepada neraka, walaupun setelah kita menebut Shahadah"

dan

"antara sunnah yg paling mudah diamalkan: Sebarkan salam diantara kamu dan SENYUM! :D "

so...
Assalamualaikum,. :)

Wednesday, November 21, 2012

Mengapa Dirindu

aku bukan blogger yang retis,..
tidak,..
traffic aku yang xseberapa nak jame ni dah cukup baik buat aku,..
mengapa dirindu,.. ya,.. mengapa,.

sedetik hati ku terpana dengan suara arwayarhamah datin sri saloma ..
"anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, ini pula hati orang... mengapa dikenang"
*sentap ... sedetik itu jugalah,.. hati meruntun,..tapi mengapa..
aku xkan benarkan empangan mata itu pecah lagi,.. cukup,.. aku dah penat..

untuk pencerahan.. xperlu dengan segala pujuk rayu, mahupun harta kau yang setinggi gunung,.. aku xpandang semua itu..aku tidak selayaknya puteri gunung ledang yang meminta semangkuk darah anak raja... kejam tapi punya makna..
tidak,. bukan aku..
aku cuma manusia biasa ... yang layaknya cuma biasa2 sahaja,.. ohh... *tibe2 pulak touching telebih..
sumpah aku dah merepek..

buat kau yang aku rindu,.. aku xtahu mengapa aku rindukan kau,.*ini gile
mungkin sebab aku rindu hangat perasaan yang membelai jiwa sukma yang pernah hancur dulu..
yaa.. aku yang dulu
tapi kini aku rasa kau mulai menjauh,.. benarkah?
tolong,.. aku xminta apa2 pun daripada kau,.. cuma.. fahamilah aku...
aku juga manusia,. aku juga perempuan..
mengapa kau menghilang setelah menjadi matahari dalam hidup aku.. selfish! 

dan kau,.
aku cuba fahami kau sebaiknya,.. aku jaga hati kau sebaiknya,.. banyak yang aku sembunyikan dari kau cuma kau je yang xtau,.. belakang kau,. ada pisau yang menanti untuk menikam..
xkan aku nak lihat dari jauh sahaja,.. aku xsanggup.. sebab aku bukan kuih talam berlapis2..
aku cuba berdiri walau berkali2 ditolak dan tersungkur ditimpa tangga ..
ya.. aku bodoh mereka kata
bila aku pertahankan sesuatu yang aku rasa betul tapi salah bagi mereka...
bila yang terang lagi bersuluh pun aku tetap pertahankan,.. mereka caci aku bodoh tahap kedunguan dewa sayap 24inci..
ahh.. biarlah apapun orang kata.. aku cuma pertahankan apa aku percaya..
setia.

aku akan setia dengan kau sampai hujung nyawa aku sekalipun sebab belum pernah ada jiwa yang mampu menyentuh hati aku sampai terdetik buat begini..
bodoh tapi berfikir.. yaa.. itu aku
berfikir sebelum kau buat apa2... menimbang tara segala yang mungkin akan aku hadapi di sebalik tiap lancang kata2...
bukan aku xmahu bersuara jelas dihadapan muka2 itu.,.cuma takut mereka terkejut lalu mati sakit jantung.. jangan pernah minta aku buat begitu..
aku sayang kau,.. aku tau kau benar,.. dan aku tau yang kau tuh terlalu bendul dan lurus macam pembaris cikgu ..
aku akan perhatikan kau dari jauh meski dekat aku xboleh,.. kerana kau matahariku.. kerana kau yang aku rindu,.. aku xminta apa2,.. cuma fahami aku,.. dan jangan tingga daku,.. meski sebagai seorang kawan,..

*sumpah aku gile meroyan ke hape malam2 bute niyh,..dammm

serabut

ok,.. aku serabut.
mata xmahu rehat langsung malam ni.
apa boleh buat,
terima kasih kepada neuron yang kuat berkerja,
aku masih mampu untuk menjadi typewriter..

dan sekali lagi,
aku serabut,..
arghh.. ape niyh,...
bile tengok balik rasenye blog aku niyh terlebih sarat dengan muatan!
mcm belon yang hampir nak meletup,
macam lori yang hampir nak terbalik,
duhh..

aku buang apa yang xperlu,
aku tukar segala yang aku mahu,
dan ini dia,
blog aku,..

jadi,
usah tanye kenapa header kat atas tuh tibe2 macam pelik je,
sebab bile aku rase serabut gile aku datang,
jadi aku akan buat suke2 hati aku je..
ok.. bye

~HotCoklatVanilaAis~

kerana kegilaan aku terhadap sesuatu yang membuat aku jatuh cinta,..
apakah ini,.
hot coklat dan vanila ais
kedua-duanya
dan kerana aku terlalu addicted kepada youtube dan twitter..
jadi aku tampal nama ini pada mereka..
sebagai ganti kerana terlalu addicted..
pon boleh..
~HotCoklatVanilaAis~
dua2 pilihanku..
walaupun sebenarnya aku lebih suka Vanilla latte
cinta sejatiku..
:)

Monday, November 19, 2012

permulaan yang baru dari kisah yang lama..

cerita pasal yang baru,..
tempat baru, rumah baru, pekerjaan baru,.semesta belajar yang baru,.. tahun baru,..
segele2nye..

dari segala persiapan metal fizikal konseptual,..
mahupun..
si helaian yang berharga itu..
merah,hijau,biru
ini bukan helaian bendera parti politik ye.
fullstop.

kisah permulaan semua episod yang baru,
buku baru katenye,
dp baru untuk facebook twitter,
kata2 hikmah yang baru di atas meja,
xlupa juga untuk boyie dan gurlie baru mereka katanya...
tapikan,. dalam banyak permulaan baru ni,..
ada satu kisah yang lama..
sangat lama..
kisah tanam menanam yang rasenye xramai menuai hasil..
kesian ko azam....

kesian aku tengok budak sorang niyh,
bile musim baru je, semua orang nak tanam dia
apelah nasib kauYDP... (*sebabydpakunameazam)
tiap2 sem orang nak tanam ko,
tiap2 tahun semua orang kejar ko,..
tapi nasib ko baik sebab orang xtimbus kau hidup2,..
dan orang masih undi ko lagi..

pokoknye bukan buah mahupun bunga..
xkesahlah korang nak kejar dia ke,
korang nak tanam dia ke,
lantak koranglah korang punye suka.
yang penting... korang kene ingat

harapan tetap ada
TAPI
kejayaan hanya untuk orang yang berusaha.

so ingat DUIT
Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakkal

haha..
adioss..
lurve,
annie

Friday, November 16, 2012

its complicated

dear blogger,..
mempunyai minda dan perasaan yang complicated bukan lah sesuatu yang mudah...
terutamanya bila korang kene banyak gunkan mulut dimana korang perlukan sesuatu yang lebih simple untuk disampaikan agar orang lebih faham.. debat

dan



 
yehh.. i know that,,
kadang2 aku rase aku niyh terlalu complicated...
xtaulah sama ada aku niyh yang meng'complicated'kan diri,. atau
aku sememangnye semulajadi complicated..

emm..
tapi bila difikirkan balik,.
xdep lah secomplicated mane pon,..
cuma dalam bab feeling2 tuh ... aku rase yee

biasalah perempuan kan,..

tapi,..
getting on something that is complicated is very complicated to me..
pade aku lah,..
aku nak jadi sesimple yang boleh,..
dan berdisiplin...

aku xboleh tinggalkan jiwa aku yang suka buat jadual sendiri dan pastikan diri sentiasa sibuk dengan macam2 benda,..
sampaikan kadang2,.. aku terfikir,..
ni ke sebab ade yang xsuke kat aku,..
sebab bila aku terlebih membusykan diri aku dengan 'hal-hal' aku.. aku jarang fikir tentang perasaan...ye perasaan
aku and others
jangan mimpilah...

and its complicated..
aku xsuke bile orang dok pukul canang satu kampung pasal relationship aku,.
tapi aku teringin nk ber'relationship"
aku xsuke perempuan makeup tebal dan menggediks2 mcm cacing depan lelaki,.
owhh,.. aku geli

it's complicated..
when you nor me can't think about the answer..
why?why? and why??

~because it's complicated when it's become complicated~

lurve.. mohabbatein
annie

Thursday, November 15, 2012

mungkinkah?

sejak dua menjak ni,.. sering sangat tergiang2 lirik lagu ini dalam kepala otak aku,..
setiap masa,.. setiap ketika..
huhhh....
aku mungkin xtahu untuk bermain alat muzik..
aku mungkin xsempurna dalam menyanyi,..
tapi aku tahu menghayati lirik..
aku tahu menghargai muzikk....
tapi kenapa lirik ini??

aku masih mencari jawapan..
dan mungkinkah?
masih ada harapan....
tentang dia.


Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku

Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

 Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

 Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya....

 

Tuesday, November 13, 2012

aku

bila sakit itu bermula lagi,....
aku hanya mampu bertahan,
tapi sampai bila.

dan aku harap dapat kucari dimana puncanya
aku letih begini
letih dalam menanti

Monday, November 12, 2012

aku yang berpura-pura....

dear blogger,..

pernah x, korang berpura2??
yelahh,.. maksud aku,.. acting cool on something that you should not...
mesti pernahkan??... *muka confident

dan,..
cool ke sebenarnye?? *aik

entah lah,..
tapi,
banyak wajah pura2ku hari ini,..
dan sempat bergambar dengan nye,...

dan ye..
saya rase gambar ini sangat buruk sekali,..
awww,..
sangat buruk,..

 owhh,.. buruk,.. =_="


pura2 comel.. -_-'' *lagi lahh


yang ni,.. 
seems ok,.. XD (*perasan)

,.. hehe
k bye

lurve 
annie,..

Friday, November 9, 2012

talak 3

akhirnya,..
setelah 3semesta aku bertarung dengan perasaan,..
marah,.. benci,.. menyampah dan sakit hati...
setelah derita yang khau berikan kepadaku,..
aku tekad untuk tabah bersemuka semula denganmu,..

ya,..
tekad kali ini membuahkan hasil,..
dan akhirnya khau ceraikan aku dengan talak tiga....
terima kasih PHY 110...

aku xkan pernah merinduimu,..
XD

sincerely,
annie,..

Thursday, November 8, 2012

terlalu kreatif....

kerana kami budak sains yang terlalu kreatif dan suka mencuba,..


adakah mungkin kentang makanan orang orang barat tu akan digantikan dengan karipap untuk cawangan di malaysia,..

siapa tahu,..
anda mampu mengubahnya,.. XD

Wednesday, November 7, 2012

dari McD ke KFC....

kerana debat yang telah menyatukan kami...
kami mungkin berbeza,.. tapi ada yang serupa antara kami...
kami sayangkan debat.

kali ini,
dari McD ke KFC...
terdapat sebuah harapan agar keluarga ini sentiasa kekal...
sebuah keluarga yang menceritakan segala rahsia..
sebuah keluarga yang sentiasa memahami,..
sebuah keluarga yang mungkin berbeza,..
tapi kami keluarga yang istimewa.

doa kali ini,
agar persaudaraan ini tetap utuh,
kami mungkin berbeza dari yang lain,
kami mungkin xse"hot" yang lain,
tapi itu yang membuatkan kami istemewa,..

terima kasih kepada abang long,
anda membuka minda kami,

terima kasih kepada kak long,
anda paling manja antara kami,

buat kak ngah,
celoteh anda menghiburkan hati,

buat adik2 bongsu,
anda tetap yang terhebat,

buat acik,ucu,uda dan sekaliannya,
anda melengkapkan lagi kami...

kami buddies,.. xkan terpisah
kerana dari McD ke KFC..
ia merapatkan lagi kami... :))





with lurve,
annie

Tuesday, November 6, 2012

di sebalik wajah itu......

dear blogger,..

korang pasti ada kawan kan,...
kawan baik,.. kawan xbaik,.. musuh,.. classmate,.. followers,..stalkers dan segala macam jenis manusia yang korang kenal,.. kann??

tapi,..
korang tau ke apa yang ada disebalik wajah2 yang korang lihat tuh,..
korang tau ke apa yang dorang sebenarnya pernah rasa??
korang tau ke sejarah silam yang dorang pernah lalui??
pernah untuk tanya?

setiap wajah yang berbeza,
mempunyai cerita yang berbeza...
cerita disebalik semua cerita yang korang sangka..

kadang2 cerita yang xdisangka tu,...
cerita sebenar mereka...
cerita kisah hidup mereka...
yang memperlihatkan diri mereka sekarang....
(* jap,.. yee ke??... )

dalam setiap wajah itu,..
jangan pernah disangka apa2....
kerana mereka berbeza...
antara satu sama lain,..

 (EHH,.. mcm pelik je) =__="

Saturday, November 3, 2012

third of november..

today,.. sleepy..
enoughh...
rasenye dah cukup tidur,... tapi macam xcukup tidur,..
owh,. apakah??.

~.~
hari ketiga di fakulti undang-undang uitm shah alam..
huhhh...
dah pun meronda.
dah pun naik rapid.
dah pun berani keluar sendiri. (ke kfc je pon)

bagi pendebat...
mereka yang terbaik..
dan harap mereka beri yang terbaik untuk hari ini..
harap,
segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
semoga semua diberikan kekuantan untuk menempuh hari ini....