Showing posts with label karya saya. Show all posts
Showing posts with label karya saya. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

~ sajak buat aidilfitri ~

tidak kira senda gurau
saat kelongsong dianyam menggamit kenangan,
mahupun aroma pandan menusuk
saat si bonggok membakar bangkitnya?
bila mana api marak menghangatkan kuali emak bersama isinya,
rendang kegemaran abah,
lodeh kesukaan kakak,
umpama potret terlekat di dinding usia yang kian luntur,
bersama cermin ingatan yang kian pudar.

percikaan api menggamit perhatian si kecil ingin tahu,
membuatkan si abang meneroka angkasa malam bersama indahnya warna,
dan aku,
mengepilkan memori indah buat santapan mata,
hadiah buat hari tua.

antara dendam dan benci,
terselit kasih dan sayang,
dalam kejauhan ada rindu,
yang dekat bertambah kasih,
tersingkap tirai memori semalam yang usang dibawa hari,
antara pahit manis kita,
suka duka bersama.

mungkin lebaran ini bukan yang pertama,
atau pertemuan ini adalah kili yang terakhir,
biarkan kaca-kaca berderai itu bertaut kembali,
anyamlah tali itu supaya tersimpul mati,
layangkan senyuman supaya melekat dihati-hati yang mungkin takkan kita temui lagi.

pandanglah pada anak bulan di kaki langit yang merah,
lihatlah awan mendung yang berlalu pergi,
tataplah mentari senja yang turun melabuhkan diri,
antara dosa lama mahupun saudara,
dalam layar perak mahupun biasan kristal,
kita serupa,
semoga pemergian ramadhan diberkati,
kehadiran syawal dirahmati.

salam aidilfitri buat jiwa ketandusan rasa,
semailah dengan benih2 cinta dari sudut2 hati yang terpencil,
moga dapat disirami hujan rahmat darinya,
bersama doa saudara yang ikhlas berjihad,
diiringi kemaafan yang meneduh panas dosa,
agar kita bahagia sentiasa,disisi_Nya.
salam aidilfitri 2013.
mohon keampunan jiwa raga sesama umat.

Saturday, June 8, 2013

monochrome

dear blogger,.
hari ini aku ade satu cerita,. lihat dan baca...

monochrome,.
hitam dan putih..

kita manusia hanya pelakon layar hitam putih diatas pentas dunia.. pelakon yang melakonkan watak masing2,. suka duka,.tangis tertawa.. cinta bahagia..derita nestapa..

hitam putih layar perak dunia,.cuma hitam dan putih,. yang menyerikannya dengan warna ialah kita.. watak dalam setiap cerita dunia,..ekspresi dalam panggung cermin refleksi.. mungkin cerita kita sama,. tapi ianya takkan serupa..
kerana kita berbeza.. kita pelakon bagi cerita yang berbeza,. cerita yang setiap satunya punya istimewa.. setiap pelakonnya,.punya cara

layar perak dunia.. refleksinya dapat kita lihat semula.. diantara satu cerita dengan satu cerita..
antara satu cerita dalam satu cerita.. berbeza tapi punya rasa yang sama..

hitam putihnya punya maksud..
hitam putihnya xbererti suram,.
hitam putihnya sangat bewarna...
yang membezakannya hanya mata kita..untuk melihat sesebuah cerita,. sama ada hitam ataupun putih.. ataupun berwarna...

LURVE
~annie~

Wednesday, December 19, 2012

kita xselamanya bersama

dear blogger,..

kita xselamanya bersama,..
kenapa?..
mungkin kita hari ini punya kawan yang sehati sejiwa,
mungkin hari ini kita punya saudara di samping kita,
mungkin hari ini kita punya ibu bapa yang sangat menyayangi kita...

tapi kita xselamanya bersama,
pernahkah kita fikirkan,
setiap permulaan pasti ada pengakhirannya,
setiap yang hidup pasti akan pulang kepangkuannya.

mungkin hari ini, esok atau lusa,
kita akan terpisah,
oleh jarak dan masa,
oleh minda mahupun hati,
hidup ataupun mati,
kerana kita xselamanya bersama,
bukan segala-galanya sama,
buat kita.

terfikir pada si putihnya otak,
terlintas padanya si kotak hati,
sekiranya kita tidak bersama lagi,
apa yang harus aku lakukan,
apa yang mampu aku lakukan,
sekiranya hari ini masih xmampu untuk berdikari sendiri,
sekiranya hari ini masih menongkat pada bahu yang lain,

terbanyang jiwa yang terkontang-kanting pada hari esok,
sendiri,
sepi,
sunyi,...
tanpa teman,
tanpa sesiapa disisi,..

ya,
kita xselamanya bersama,
tapi aku xberharap kita berpisah,
meski perpisahan itu tetap akan terjadi,
kerana yang datang pasti akan pergi.

kita xselamanya bersama,
tapi "dia" tetap disisi kita,
sama ada kita alpa mahupun leka,
meski kita kecewa mahupun gembira.

meski esok kita tidak bersama,
meski esok bukan milik kita,
meski hari ini kita bertemu,
meski hari ini kita bersatu,
dia tetap ada,
jangan kita lupa,
pada pencipta yang maha esa,
pada pencipta yang maha kuasa,

kita xselamanya bersama,
bukan bermaksud kita sendiri selamanya,
ingatlah padanya,
mohonlah padanya,
dia yang maha besar, pengasih dan penyayang.
cinta yang agung,
dia yang satu.

usah khuatir jika aku menghilang hari ini,
usah risau jika mereka pergi esok,
sekiranya kita sudah bersedia pada takdirnya,
sekiranya kita tetap percaya padanya,
sekiranya kita berpegang pada agamanya,
dia pasti ada menemani kita,
kerana kita xselamanya bersama..

Sunday, November 25, 2012

cerita selamanya...

aku kau dan dia
kita serasi bersama.
sehati sejiwa,
xsedarah tapi bersaudara,

aku kau dan dia,
kita berjanji setia,
erat, rapat utuh
macam simpulan tali yang takkan terlerai,

itu dulu,
tentang aku kau dan dia.
bahagia kita sementara.

aku kau dan dia,
kini tidak serupa,
warna darah sama xbermaksud hati pun sama,
aku kecewa,
dia derita,
kerana kau dalangnya.

mungkin cinta ini xselamanya,
mungkin cinta ini sekadar sahabat sahaja,
mungkin cinta ini bukan cinta biasa,
segalanya mungkin.

kerana kau, aku terluka,
kerana aku, dia merana,
kerana dia, kau berduka.

aku kau dan dia,
aku harap kita masih lagi bersama,
memegang erat tali persahabatan,
biar cinta itu terus terpahat dihati,
atas satu pengorbanan,

dimasa hadapan,
ada satu harapan untuk aku kau dan dia,
melihat anak cucu cicit kita gembira bersama,
dan disamping kita,
ada suami dan isteri2 kita.
xperlu diungkit kisah lama,
kerana sejarah xkan pernah berubah.

kerana aku kau dan dia,
sahabat selamanya.

Sunday, October 28, 2012

tak termampu...

tak termampu untuk aku lena pada malam hari semenjak menempuh hari2 derita final exam semesta lalu... adakah aku akan diceraikan oleh semua subjek dengan talak satu ataupun menambah deritaku dengan talak tiga,.. huhh,.. puas aku fikirkan
       pukul tiga, pukul empat, pukul lima pagi.
mesti dinihari mulai menyusul dengan fajar dikaki langit...mata penat ini xmampu sedetikpun aku lelapkan, mencapai nikmat tidur bagai seorang puteri salju dan mencipta mimpiku sendiri.. tak termampu.

pulang dengan segunung harapan... masa tidurku kembali normal
tapi aku rasakan, paras kenormalan dalam diri ini mulai berkurang, idea2 melampaui batasan fikiran yang sukar untuk aku tafsirkan menjadi nyata meski wujud dalam kotak fikiran sebagai sesuatu yang bukan lagi sekadar fiksyen atau impulse yang dihantar dari satu neuron ke satu neuron. tidak lagi

tak termampu untukku menahan derita ini lagi,...
pulangkanlah indah lena malam2 ku wahai minda gelombang beta. aku dah penah mengextract segala bahan sains sastera dan segala vision yang kau beri. aku tak termampu untuk menanggung derita ini lagi.

lurve
~mohabbatein~
annie

siapa dihatiku?





aku berangankan menjadi cinderella yang tak mungkin wujud ceritanya di alam nyata,.
         menaiki kereta labu unik,. memakai kasut kaca yang mungkin sempit,. hidup bahagia dengan putera idaman igawan seluruh rakyat jelata dunia?
mungkinkah dia?
atau dia?
tapi siapa dia?

khayalannya yang sentisa menjelmakan dirinya dalam minda disetiap malam2 tidurku, disetiap angan2ku, malah disetiap waktu sepiku,...bisa melekakan jiwa minda seorang dara, meruntuhkan tembok keangkuhan dunia dengan cinta yang sukar untuk ditafsirkan? apakah semua ini?..

     aku mencari sebuah jawapan dari kotak minda dan fail2 sejarah lama yang berhabuk dalam memori ingatanku... menyelongkar segenap rasa dari lubuk hati yang jauh terpenjuru,.. mengintai dari penghujung sudut mata ke jendela dunia yang imejnya sentiasa bertukar setiap saat dengan pelakon2 yang melakonkan watak masing2 tanpa bayaran,.. wayang gambar 3D percuma setiap hari... tapi pelakon manakah yang menjadi pujaan hati? adakah tetap pelakon dengan watak palsu dengan muka yang cantik bersama bahasa yang indah2 belaka atau pelakon sebenar yang mungkin tampil dengan wajah mengerikan dan berbahasa kampung,.. siapa?,. janji bertamadun.

      dari segenap bahasa dan coretan2 yang mewarnai helaian kertas2 putih umpama sebuah lukisan pemandangan seorang pelukis,.. mampukah susunan ayat2ku ini menjadi begitu bermakna sebagaimana potret monalisa yang mampu mencuri hati meski telah berabad lamanya? menatap pada bait2 kata indah yang diabadikan dalam alphabet... aku keliru
hanya jauhari yang mengenal manikam.

    aku menanti pada setiap detik degupan jantungku, disetiap saat helaan nafasku, disetiap ketika kerdipan mataku,..kau hadir memenuhi segala mimpi2 yang tak mungkin logik dalam fikiran manusia,..menjanjikan bahagia melampaui fiksyen2 sains dan sastera utama epik sejarah cinta dunia,..mampukah aku menunggumu sehingga tiba detik waktu itu?...melihat kau hadir membawa hati yang ikhlas dan suci sejernih embun pagi yang xmungkin dilihat pada mata,.hanya mampu dirasa kehadirannya..

kau dihatiku,

aku bukanlah seorang pelukis ternama yang mampu mewarnai hidupmu dengan lukisan2 dunia abstrak dan potret kenangan lalu,. aku bukanlah penyanyi yang mampu menyanyikan lagu untukmu setiap waktu,menjadi dj dihari2 bosanmu dan menjadi suara lullaby untuk mendodoikan tidurmu,.. aku bukanlah pelakon terbaik untuk menjadi karekter idamanmu,melakonkan watak kegemaranmu,dan menjadi sesuatu individu yang kau mahu,..
     aku juga bukanlah matahari yang mampu menyinari harimu, menghangatkan duniamu yang basah ditimpa hujan atau kedinginan dihembus awan gemawan selembut kapas...

tapi,
    aku bukanlah tikus perosak yang cuba untuk membaiki labu,..meski keju segunung kau beri.
aku bukan manusia tamak mahukan segala kekayaan,..meski hanya kasih yang mampu kau janji.
aku bukan manusia gila yang mahukan segalanya ,..meski aku tahu ianya tak akan terjadi.

aku cuma manusia biasa,..
     menanti seorang putera jiwaku hadir membawa pembalut luka merawat sakit dijiwa ini,membalut luka dihati,.. aku manusia biasa yang xmampu menjanjikan apa2 yang luar biasa kerana aku takut aku xmampu mencapainya ... aku hanya mampu meluahkan segenap perasaan yang terkunci didasar hati ini dengan kata2 dan bahasa susunan diatas helaian2 kertas dan dimuka2 blog yang ku cipta.. alam maya dan alam siber..
dan aku,.
akan tetap memastikan jari jemariku ini terus menari bersama pensel dan pen mahupun diatas lantai keyboard agar susunan kata ini terus indah menjadi tatapan mata ...

 siapapun kau?
siapapun dihatiku?
aku berharap,.. ia adalah yang terbaik buatku,..
aku akan  tetap menunggumu sehingga ke penghujung nafasku,detik akhir degupan jantungku,.

with lurve,
~mohabbatein~
annie.

Wednesday, July 18, 2012

~sebelah jiwaku~

Assalamualaikum w.b.t
Dear blogger,.

diary today,
18 July 2012,

6.10 mint. pagi,..aku terjaga
hati terasa resah.
gelisah,
fikiran kusut,
segalanya,.
mimpi lagi??
knp mesti dia?
NO!
xkan pernah kau wujud walau dalam mimpi sekali pun,
xkan,
kau cuma khayalan,

aku hanya mampu bersujud padanya,
minta ampun dari segala dosa,
kerna aku manusia,
tidak sempurna,
lepaskan aku dari siksa ini tuhan,
pedih aku rasa.

12.00 tghhari,..
melamun dalam terik mentari,
terang tapi suram,
panas tapi dingin,

jiwa seiring dengan melodi,
aku xmahu dengar apa2,
aku xmahu dengar suara siapa2,
biarkan aku dengan duniaku.

2.10minit petang,.
udara itu segar,
hijau alam itu indah,
air mengalir itu sejuk,
aku kembali ke alam yang dah lama aku tinggalkan,
aku kembali ke jiwa yang aku lepaskan,

antara terjangkau mahupun tidak,
separuh nafas aku menyelam ke dasar,
sebelah jiwa kurelakan pergi,
biarlah ia terjadi,

ambillah segalanya,
sekalipun nyawa yang kau pinta,
aku cuma mahukan bahagiaku semula,
jangan pernah kau rampas itu,
 kau xpernah kenal siapa aku.

aku perlukan ayah,
aku perlukan mak,
aku rindu mereka yang kenal siapa aku,
aku rindu mereka yang sentiasa memahami aku,
menjaga aku,
aku rindu peluk mesra itu.

5.00petang,.
hujan merintih disebalik tirai senja,
mentari kedinginan dalam selimut awan,
aku rela,
biarkan aku dengan melodi,
andai aku xmampu menggapai purnama yang berseri,
aku pasrah,
biarkan takdir yang menentukan,

kau,.
kau akan tahu siapa aku,
bukan seperti yang kau sangka,
kerana aku bukan aku,
jika sebelah jiwaku tiada,
ya,.
sebelah jiwaku tiada,..
kerna kau jiwaku pergi,
kerna kau sebelah jiwa kumati...

LURVE
~annie~ <3

Monday, June 4, 2012

3 JUN 2012

Aku cuba memecut selaju yang boleh,
mencabar adrenaline yang masih berbaki,..
tapi aku tetap gagal,.
        mungkin belum masanya lagi aku kembali bercinta dengan kelajuan,.
kaki sebolehnya ingin menggigil,.tetap jua ku gagahkan diri,.

     Memandu dalam keadaan jalan yang berselekoh mencabar kecekapanku sekali lagi,. aku perlu tenang,.
"lama xpulang ke kampung" terdetik dihatiku
kenderaan beroda empat itu terus ku pandu,.. laju meninggalkan halaman rumah,..
sempat jua ku singgah dipasar malam untuk membeli sedikit buah tangan,.

hari itu,..
  pelbagai kenangan terimbas kembali,. jalan yang sudah lama tidak ku lalui masih sama seperti dulu,. masih sama,. tiada apa yang berubah,..

hari itu,..
    pandanganku di sajikan selaut hamparan ladang nanas ,. memandu dibawah mega merah yang masih dikaki langit membuatkan aku terpesona dengan ciptaanNya,. cantik ,.kaki langit masih lagi seoren buah limau,. mentari pula mulai hilang di sebalik tirai malam,.

hari itu,..
  aku tahu,..aku mungkin tidak selamanya berada di situ,.. tapi aku tahu,.. tiada tempat lain yang mampu menggantikan pemandangan yang serupa seperti itu,.. ianya cuma satu,..

Thursday, May 31, 2012

~cinta si kekatu~

aku si kekatu,..
hari ini rumahku habis basah ditimpa hujan,..

     "ahh, hujan lagi",..desis ku,..
pada musim2 beginilah banyak muda mudi kaumku berpesta,.
mencari cinta masing2,.

kami kaum kekatu,.
berpesta pada musin hujan,.
kami punya sayap,. walaupun xseindah rerama,.
  ia nya cukup untuk buat kami terbang,.
kami berbadan kecil,..mudah untuk kami mencelah2 untuk berpesta,..

kami suka berpesta,..
"pesta cahaya",..
hari ini,..tempoh masa untuk ke berpesta bermula,..
pertama kalinya,. aku berdebar,.. mencari cintaku,..

tepat jam 6.30ptg
      Kaumku memulakan kerja,.. segala persiapan dilancarkan,.. katanya puteri raja akan turut serta,.
aku juga mulai bersiap,.. aku ingin bertemu cintaku,.
kami memastikan sayap cukup kering,.. supaya dapat terbang dengan pantas,..
 aku mengilatkan sayapku,..sayap kesayanganku,..
aku harus bersedia,..
     bersaing untuknya,.. 

kami dilepaskan beramai2,.. balai perlepasan sedia menanti,..
 "cantik" ..hanya itu yang terungkap,..

kelihatan pengawal2 begitu ramai,.. riuh sekali dengan suara2 kaumku bersama deruan sayap yang mula mengepak,..
       "puteri datang,.puteri datang",.. riuh,.
aku tahu si cantik manis tuan puteri kesayangan rakyat jelata tiba,..
balai tiba2 senyap,..
masing2 terpaku dengan puteri kekatu yang kini sudah sedia untuk mencari cintanya dipesta cahaya,..
hanya bunyi sayap pengawal yang tegap sahaja kedengaran,..

ku lihat padanya,.. puteri,.. 
cantik padaku,. sayapnya kilat,. badannya cukup cantik,.
kelihatan sesungutnya berhayun dengan begitu gemalai bersama liuk lentuk bila dia bergerak,..

kaum diraja kami berbeza,..
takhta di pegang oleh permaisuri,..
cuma permaisuri yang mampu untuk mengembangkan koloni kami,..
kami hanya pekerja,..
       raja pula dipilih berdasarkan ahli yang paling segak dan layak sahaja,..
hanya raja yang akan berdamping dengan permaisuri,..
aku,. salah satu yang terpilih,..

puteri juga dipilih,..
       hanya yang mampu untuk menjadi induk sahaja dipilih sewaktu kelahiran,.
mereka juga berbeza,.. dijaga rapi sehingga tempoh matang sebelum dilepaskan untuk membuat koloni sendiri,..

cuma beberapa detik lagi,..
aku,..bersama2 beberapa calon raja yang lain berada dibarisan hadapan,.. bersama puteri2 itu,..
hari ini,.. 6 puteri dilepaskan,..
   maka,.. 6koloni yang bakal dibina,.. jika mereka mempu melepasi pesta ini,.. mencari cinta,..

deruan sayap kedengaran,..
   sayap mula dibebaskan dan dikibas,..
kami terbang.
    pengawal hanya memantau,.. menghantar sehingga separuh jalan sahaja,.. kami menuju ke pesta yang kami idam2kan,..

     Itu dia,.. cintaku,..
ianya sangat berkilau,.aku terpana,..
cantik,. dan hangat,..
kami berpesta,..sepuas2nya,.. pelbagai aksi mereka tonjolkan demi merebut hati si puteri,..

pagi mulai menjelang,..
kelibat puteri tidak kelihatan,.
sayap2 sudah bertaburan ditanah,.. kaum ku bergelimpangan di tanah2,..
malam itu,.. cahaya lampu cukup panas untuk kami,.. dan mereka yang terlalu taksub,.. akan mati kerana sayap kami tidak kekal lama,.. kami hanya semut biasa,.. tanpa sayap,..

letih,..
aku mendarat di bawah rimbunan kayu yang begitu lembab dan sejuk,.
sama seperti di koloni induk kediamanku,.

sayapku terase lenguh,..
hampir tanggal,..
aku perlu gigih,.. aku xmahu mati begitu sahaja,..
aku xmahu di label 'pecinta lampu' oleh kaum ku,.. berminggu2 aku berlatih untuk menjadi raja,..
aku telah berjanji dengan puteri bongsu yang aku sayangi,.. aku yang akan menjadi raja disampingnya,..
ya,.. janji harus ditepati,.

berjalan dibawah timbunan daun kering,.. sejuk,..
melepaskan segala lelah sambil menikmati keindahan dunia kami,.. banyak makanan disini,.
nasib baik aku mendarat jauh sedikit dari tapak pesta berlangsung,.

sentap,..
sayap itu aku kenal,..
ya aku kenal,.. aku berlari,..
ku tinggalkan sayapku supaya pergerakanku lebih mudah,..
ku sentuh sayap itu,..
terpana,.. ya,.. memang aku kenal,.. tapi dimana,..
mataku meliar,.. sesungutku yang kecil bergerak2,..

maya,..
puteri 6 kesayangan ku,..
mungkin dia xsecantik kakak2 nya,..
tapi dia manis,..
melihat lengoknya sahaja sudah cukup untuk buat aku jatuh cinta,..

sham,..
aku,. aku teman sepermainan maya,..
kami cukup akrab,.. tapi aku cemburu melihat dia bersama kekatu jantan yang lain
dia tahu aku menyayanginya,.
dan kami membuat janji,..
janji yang aku pegang sehingga kini,

aku terlihat pergerakkan,..
disebalik daun2 kering dihadapanku,..
"maya",.
ku panggil namanya,..
 "sham",. maya berpaling,..

detik itu aku tahu,..
maya akan menjadi permaisuri aku buat selamanya,..
dan aku cukup yakin,..
koloni yang bakal kami bina cukup untuk meneruskan ekosistem pada alam ini,..
kami merupakan salah satu generasi simfoni alam,
kami harap generasi kami akan terus berbakti kepada alam,.. meski tidak seberapa,..
ini cintaku pada alam,..
cintaku si kekatu,.. bukan hanya pada lampu,.

Saturday, April 21, 2012

KELAM MALAM

Dear blogger,..
  malam niyh,.xnk cite lah pasal ape2,...cuma nk mengarang segenap frasa yang berbekas dihati..

 kelam malam ini,.
langit gelap itu,..mendoninasi segenap ruang udara,.meskipun dihiasi bintang,. ia diseliputi awan hitam yang terus berarak,.mendung,
malam ini,..terasa panasnya,.mungkin hendak hujan?siapa tahu..
bintang msih berkilau2 bagai permata bertaburan,.
di lihat boleh,. di gapai tidak,.
cantik dimata siapa pun,
malam ini,terasa sepi,..
tiada cengkerik yg menemani,
bernyanyikan lagu riangnya,..lagu tidurku,..
ataupun membisu,.sama2 melayan kesedihan,bila pungguk tidak dapat rindukan bulan lagi,.
sedangkan bulan sudah menyedari,.
ataupun,.
dalam kelam malam ini,.ada hati yang sedih pilu?,.
jiwa kabut dalam resah?
air mata tumpah dalam gelisah?...
aku rindukan dia,..
kusampaikan salamku pada angin,
agar di khabarkan kepadanya,.betapa rindu dendam ini,..
menggigit tulang temulangku,.
sikit demi sedikit,..memamah hati kecilku..
kelam malam ini,
aku menantimu,.. kerana dalam kelam ini,.
aku telah berjanji,. aku akan tetap setia padanya,.
meski aku dihanyutkan kegelapan dunia,.
kejamnya manusia dengan pisau lipat dari bibirnya,.
putih mulus wajah tidak menggambarkan sucinya hati,..
kelam malam ini,.
aku menantimu,.. sehingga ke akhir waktu,..

lurve
ANNIE <3 :)

Saturday, March 24, 2012

AKU TAK SEMPURNA

Dear blogger,
    Assalamualaikum,
Because of you,...
    sayang sekali.."xdapat ku berikan,mimpi di luar jangkauan...terimalah ku setulusnya,.aku di depan mata,seadanya aku manusia.."
        Hidup ini mungkin berbeza bagi setiap manusia,.tujuan hidup yang berbeza,..cara yang berbeza,..tempat yang berbeza...segala-galanya,..mungkin?..
Aku,
   Aku cuma ingin menjadi seorang yang biasa,..aku xsempurna,..aku juga ada khilaf dalam kehidupan ini,..melakukan kesalahan yang kadang2 tidak wajar....
  Aku ingin menjadi manusia yang biasa2 sahaja....ya...manusia yang hidup normal...ada pekerjaan yang baik..ada keluarga yang bahagia...pasangan yang bahagia...rumah yang selesa...
oleh itu,ingin aku jelaskan.....
    dear him..
Aku ni xsempurna..ya..aku memang xsempurna...aku xsecantik wanita2 lain di luar sana..aku tiada apa2...aku cuma ada segenap rasa ikhlas untuk menyayangimu...cuma itu..bolehkah kau terima...
  dear him..
Aku tak tahulah samada kau merupakan salah satu pembaca blog aku niyh..atau tidak..tapi kau tahu x..
aku lebih suka untuk meluahkan dengan seni..seni yang terdapat pada perkataan dan bahasa ibunda yang sangat istimewa aku rasa...bahasa yang dahulunya pernah menjadi lingua fransca ...
dear him..
Tahukah kau,.aku cuma..ingin menjadi yang biasa2 sahaja...terkadang ingin menjadi yang sempurna..tapi tak kan pernah..kerana manusia saling menyempurnakan..benarkah??..
dear him..
Aku cuma ingin menjdi sesuatu yang dapat menyempurnakan harimu,.membuatkan kau bahagia..
  shinning like a star in your night,.bright like the sun in everyday of your life,.
i'm talking too the moon that i love u,..but i'm trying too don't do that...i'm affraid too be hurt again...
trust me honey...i'm afraid with love...yes..it was like a night mare too me..
trust me honey..i'm happy too see your smile.. i'm fall in love with u with your way...
    dear him..
aku sangat merinduimu...aku tidak tahu mengapa...ini seriez...kau sentiasa bermain2 dimindaku...sentiasa..mengapakah..aku tak pernah minta semua ini..mengapakah??
yaa..kau kembalikan aku ke alam yang nyata..kau kembalikan aku semula...membawa jiwa yng kehilangan ini hidup dalam senyuman yang tidak pernah aku bayangkan..membuat jiwa ini tenteram dengan kasih sayang kawan...
   kawan,..ya kawan...kau anggap aku sebagai kawan...mungkinkah akan lebihh?..
aku cuba untuk tidak menganggapmu lebih daripada kawan..tidak lebih daripada itu kawan...tapi hatiku runtun...tahukah aku sentiasa mengharap disebalik segala senyuman mu itu...sinar mata yang penuh pengharapan...
dear him,,
kawan...bukan aku pinta semua ini...aku tidak mahu kecewa lagi kawan...tidak lagi.. aku tahu rasa ini sayang..bukan sekadar kawan... aku tetap dengan dunia aku.. mungkin aku tidak patut keluar dari dunia aku..walaupun kau yang mengetuk bertalu2...mungkin..
    sayang,..
mungkin rasa ini untukmu...tapi akanku pendam jika kau tidak inginkannya..jiak kau pinta untuk pergi..aku rela...aku rela sebagai kawan..cuma yang aku ingin ialah..hiduplah dalam keadaan yang bahagia,
aku bahagia melihat senyummu..
aku mungkir kepada bahagiaku...jika itu bahagiamu...kawan

(amacam..jiwang x..hahaha...malam2 jiwang karat...seronoknya dapat mengarang...yehh..bahasa jiwa bangsa bebbb)....

lurve annie