Monday, June 4, 2012

3 JUN 2012

Aku cuba memecut selaju yang boleh,
mencabar adrenaline yang masih berbaki,..
tapi aku tetap gagal,.
        mungkin belum masanya lagi aku kembali bercinta dengan kelajuan,.
kaki sebolehnya ingin menggigil,.tetap jua ku gagahkan diri,.

     Memandu dalam keadaan jalan yang berselekoh mencabar kecekapanku sekali lagi,. aku perlu tenang,.
"lama xpulang ke kampung" terdetik dihatiku
kenderaan beroda empat itu terus ku pandu,.. laju meninggalkan halaman rumah,..
sempat jua ku singgah dipasar malam untuk membeli sedikit buah tangan,.

hari itu,..
  pelbagai kenangan terimbas kembali,. jalan yang sudah lama tidak ku lalui masih sama seperti dulu,. masih sama,. tiada apa yang berubah,..

hari itu,..
    pandanganku di sajikan selaut hamparan ladang nanas ,. memandu dibawah mega merah yang masih dikaki langit membuatkan aku terpesona dengan ciptaanNya,. cantik ,.kaki langit masih lagi seoren buah limau,. mentari pula mulai hilang di sebalik tirai malam,.

hari itu,..
  aku tahu,..aku mungkin tidak selamanya berada di situ,.. tapi aku tahu,.. tiada tempat lain yang mampu menggantikan pemandangan yang serupa seperti itu,.. ianya cuma satu,..

No comments: