Sunday, August 18, 2013

Selamat Hari Tua

Assalamualaikum,.
dear blogger..
semalam dirthday aku,. yeyyy.. DAH TUE!!.. ==''

ok,. damm,. hate it,. bertambah umur lagi setaun,. so means,. genap 20..
i'm 20 yooo!!

and,.
mcm2 wish yang aku dapat,.
macam biase,. same mcm semua org,.
"hb"
"semoga panjang umur dan murah rezeki"
"may allah bless you always"
"study rajin2"
...
clishe.. same jerkk tiap2 tahun,..
tapi tahun li ade yang lain sikit.. (*yang ni makcik aku punye keje laa)

"semoga cepat dapat jodoh".. ==''

tak kesah lah ape pon,.
cuma,. xperlulah disambut hari tua,. yang terbukti usia kita didunia ni makin pendek,. kan??
so xperlu sambut,. cukuplah mendoakan,..
semoga panjang umur,murah dezeki,. ditetapkan iman,. :D

~ forever young ~
seal with kiss,
seal with love,
~ANNIE~

Saturday, August 10, 2013

~ sajak buat aidilfitri ~

tidak kira senda gurau
saat kelongsong dianyam menggamit kenangan,
mahupun aroma pandan menusuk
saat si bonggok membakar bangkitnya?
bila mana api marak menghangatkan kuali emak bersama isinya,
rendang kegemaran abah,
lodeh kesukaan kakak,
umpama potret terlekat di dinding usia yang kian luntur,
bersama cermin ingatan yang kian pudar.

percikaan api menggamit perhatian si kecil ingin tahu,
membuatkan si abang meneroka angkasa malam bersama indahnya warna,
dan aku,
mengepilkan memori indah buat santapan mata,
hadiah buat hari tua.

antara dendam dan benci,
terselit kasih dan sayang,
dalam kejauhan ada rindu,
yang dekat bertambah kasih,
tersingkap tirai memori semalam yang usang dibawa hari,
antara pahit manis kita,
suka duka bersama.

mungkin lebaran ini bukan yang pertama,
atau pertemuan ini adalah kili yang terakhir,
biarkan kaca-kaca berderai itu bertaut kembali,
anyamlah tali itu supaya tersimpul mati,
layangkan senyuman supaya melekat dihati-hati yang mungkin takkan kita temui lagi.

pandanglah pada anak bulan di kaki langit yang merah,
lihatlah awan mendung yang berlalu pergi,
tataplah mentari senja yang turun melabuhkan diri,
antara dosa lama mahupun saudara,
dalam layar perak mahupun biasan kristal,
kita serupa,
semoga pemergian ramadhan diberkati,
kehadiran syawal dirahmati.

salam aidilfitri buat jiwa ketandusan rasa,
semailah dengan benih2 cinta dari sudut2 hati yang terpencil,
moga dapat disirami hujan rahmat darinya,
bersama doa saudara yang ikhlas berjihad,
diiringi kemaafan yang meneduh panas dosa,
agar kita bahagia sentiasa,disisi_Nya.
salam aidilfitri 2013.
mohon keampunan jiwa raga sesama umat.

Friday, August 2, 2013

~Sepuluh Jari~

Assalamualaikum,.
dear blogger,.

Hari ini, 2 ogos 2013 bersamaan 24 ramadhan1434 hijrah.
kalau nak di ikutkan taqwim student ipt,. dah termasuk dah tarikh2 akhir mengoskongkan kolej untuk nalik raya. jadi,. aku pun sama lah,. balik raya,. tapi kali ni lain sikit,. sebab aku balik ikut seremban,. bukan bahau..

Oleh itu, sempena akhir ramadhan ni,. aku nak sampaikan salam buat kawan-kawan aku semua,. rakan-rakan yang mengenali,. sahabat-sahabat yang setia disisi susah dan senang,. teman karib yang tak pernah mungkir janji setia bersama,. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk korang,. salam sayang dari Kuala Pilah - Simpang Renggam,.

Aku juga ingin mengambil kesempatan ini, ingin menyusun sepuluh jari,. memohon ampun dan maaf sekiranya terlanjur kata, terkasar bahasa, terusik ,bergurau kasar,.sekiranya terasa mintak dimaafkan. halalkan makan dan minum,. segala-galanya daripada korang..
(*sobb,. sobb,. sobb... >lagu latar dari jauh kupohon maaf< )

Buat kawan-kawan yang mengenali daripada sekolah rendah.
> aku nak mintak maaf kat korang sekiranya ada salah dan silap dari sejak aku kenal waktu zaman hingusan dolu-dolu tuh,. sampai sekarang.. mohon maaf sangat kalau ada buat salah kat korang.
Cc: azizi suhaimi,.roy,shah,daya,.ijat,.anis..fadzlia,.syuhada,.fatin,. azimah,.daus.. dll

Buat kawan-kawan di sekolah menengah. 2006 - 2010
> geng2 sekelas RKA1,RKA2,kelas IS, kelas IK,. kelas AB,. kelas AJ,. dll.. kawan2 kadet bomba,. kawan2 kelab kerjaya,.geng2 sport council crew.. nak mintak maaf dekat korang kalau ada salah silap,. terkasar bahasa,. tergurau lebih2,. mohon maaf sangat2.. rindu kat korang semua,. rindu waktu buat jamuan hari raya sama2,. rindu waktu kemas stor sukan sama2,. waktu pergi krusus sama2.. beraya naik moto ramai2,. (*skung masing2 dah bertayar 4.. haha)seriess aku rindu gile kat korang!!!
Cc: budak2 IS,IK,pengawas sk,budak2 kadet, budak2 kelab,. budak2 milo!,...dll

Buat kawan-kawan di UiTM
> membe2 serumah yang aku first kenal waktu masuk uitm,. membe2 sekelas 'kami satu kapal' yang masing2 semua gila2!!,. membe2 kelab yang cool, sporting, stylo, open minded, !!.... budak2 rumah yang gila2 kepala,.. aku sayang korang semua,. suka duka kat sini,. pahit manis masam masin sama2,. pergi debat sama2,. kena rakam wkt 211jam sama2,. naik flight sama2,. overnight sama2,. sahur sama2,. iftar sama2,. buat assignment sama2,. fail sama2,. lulus sama2,. haha... seriously,. aku xkan lupakan korang... aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau aku buat korang terasa hati,. buat korang kecik hati,. makan hati,. semua,. mintak ampun maaf sangat2,.
Cc: kami satu kapal,. budak2 rumah part1,2,3,4,5 ,.budak2 kelab debat,. budak2 kelab star,. budak2 HKB stt.. dll

Buat sahabat karib,. best friend, BFF, my familly!!
> untuk korang2 yang tau lah perangai gila2 aku kat sini,. dari kecik sampai ketua bangka sekarang ni,. aku nak mintak maaf sangat2 kalau aku ada buat salah dengan korang,. lagilah korang ni aku kenal dah lama,. lagi bersama2 dengan aku dalam tempoh yang lama,. aku nak mintak korang halalkan makan dan minum aku yang korang bagi kat rumah korang tuh,. yang korang belanja tuh,. (*kalau ada lah,. hoho) ,. minyak kereta korang,. (*terutamanya dady!!) .. ada rezeki nanti aku belanja korang pulak,.
Cc: dady,acik,along,ucu,angah,.zizi,ijat,anis,.mizan,. dll ....

last sekali,..
saya,. nurul syazwani binti kamarudin,. mengambil kesempatan ini,. ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri yang bakal kunjung tiba,. selamat menghabiskan puasa tahun ini,. saya juga menyusun sepuluh jari tangan dan kaki,. memohon ampun dan maaf,. dari hujung rambung sampai hujung kaki,. dari setiap helaan nafas sepanjang perkenalan kita,. halalkan makan dan minum,. ampunkan salah dan silap,. terkasar bahasa,. terkecil hari,. tersentap ke,. mohon ampun dan maaf,. sekali lagi,. harap dihalalkan semuanya,. semoga persahabatan ini akan terus berkekalan,.




selamat berpuasa,. selamat menyambut hari raya aidilfitri,. maaf zahir,.dan batin
salam sayang
salam lebaran

SEAL WITH LOVE
ANNIE