Sunday, July 28, 2013

mungkin meroyan?...

Assalamualaikum,.

Dear blogger,.
Thanks sebab sudi lagi menjengukkan muka ke blog yang xseberapanya nak shantik ni,. hahh
haihh,. bersawang berhabuk blog ni dahh... (*fuhhh,.tiup habuk)

Oklah,.
dah dekat sebulan kita berpuasa.. hari ni dah masuk ramadhan yang ke-19.. so means xlama lagi lahkan nak raya,. hohoho
Tapi raya ni mungkin lain sikit,.lain tang mana tuh aku xtau lah.. (*macam ekk jer?..==')
ohh,. whatever lahkan.. yang penting baju raya tahun ni,. sekeluarga beli,. (*yang ni memang pelik,.)
Selalunya tiap2 tahun mesti mak yang buat baju raya aku dengan abah,. mesti,. sebab aku memang xreti sangat nak pakai baju yang dibeli.. lebih suka yang custom made. Lagi selesa pada aku,. tuh pon tengok tangan yang buat.. (*ini sumpah cerewet..)

Entah lah,. pusa tahun ni,. terasa sangat puasa tuh,. aku pun,. xtau nak cakap mcm mana lagi,. emm..
mungkin terasa kot jiwa tuh dipanggil2 menghadapnya.. bila nak tinggal apa yang suruhan_Nya tuh.. rasa sangat jiwa tuh meronta2,. bila tertinggal tuh.. rasanya sepi sangat.. rasa hiba.. sedih.. risau.. gelisah.. semua..

Dan sejak dua menjak ni seperti kebiasaannyelahkan,. perangai termengunging aku tuh makin menjadi2,. lagi ditambah2 dengan perangai menyendiri aku,. lagilah.. kadang2 tuh.. sedih tetiba..
Yang paling azab,. aku asyik2 teringatkan arwah ex bf aku yang lama tuh,. ahh sudah.. dah kenapa pulak dengan otak aku ni,. putus wayar ke fius meletup?.. hahh.. sudahnya,aku melayan perasaan dengan menangis sorang2,. (*betul ke xaku ni??..) haha.. sure ni kes dah lame xber'dessert' mata aku.. sudah kau ann..sudah

Apa pun,. sebenarnya aku dah xsabar nak pergi menjengukkan muka aku ke tanah tuh.. duduk tenang tanpa fikir apa2,. emm.. nak kata excited tuh xdelah sangat,. nak kata tak excited tuh,. emm.. memang taklah kan kalau dengan aku yang hyper nih!!.. Tapi mak pernah pesan,. nanti balik daripada sana,. xkanlah nak buat perangai gila2 lagi,. tak takut ke orang cakap macam2..
(*krik,krik,.krik,.krik,.)
Seriously,. aku xpernah terfikir pasal tuh!,. tapi xkanlah nak berladies gile2 lepas balik sana kot?.. erkk..no way lah beb.. tuh bukan aku.. Kalau,. lembut tapi kasar, manja tapi garang itu Yess.. memang aku... tapi lembut manja,.ngada2 dan gediks tuh sama sekali bukan,. aku lebih rela dikenali sebagai tomboy daripada org nampak manja aku depan2.. No Way man,.ever!.. gedik aku hanya untuk laki aku je..okey?

huhhh..
(*menghela nafas panjang.)
Salah ke berangan?
mak selalu marah kalau aku berangan,. die kata nanti banyak tumbuh jerawat..
tapi aku suka berangan,. lagi2 berangan tang laki ni,. hahh.. kau.. aku pon nak kahwin jugak.. sepupu sepapat aku dah kahwin dah ada anak lagi,. maunye aku xmeroyan wehh.. calon pon belum ada.. emm.. xtaulah nak cakap apa..
aku selalu berangan.. dapat laki yang baik,. xkesahlah handsome tahap mana pun yang penting sejuk mata memandang,. lembut tutur kata,. romantik,. penyabar.. penyayang of course lah,. yang paling penting dapat membimbing aku ke syurga_Nya,. insyaallah..
selalu jugak aku berangan dapat laki yang berkulit mulus,. (*bukan lelaki cantik ok.. i nak lelaki sejati.. purrr meowww..haha), mata bundar tak terlalu bulat atau sepet,. hidung sedang2 terletak.. alis mata lebat,. anak matanya jernih,. rambutnya hitam keperangan tak terlalu lurus atau ikal,. bulu matanya lentik dan panjang,. bibirnya nipis dengan lekukkan yang cantik,. suaranya penuh kelakian.. bila berbisik menggetarkan jiwa raga.. tinggi orangnya,. yang pasti aku mahu yang segak tampan dan sasa... (*purrr meowww.... ulat bulu dah mai dahh)..
ahhh sudahh..
Ni kalau mak tau,. maunya aku di usiknya aku sampai xbernyawa.. duhh..
Cuma tuh lahh,. xkesah lah siapa dia pun,. yang penting,. dia mampu membimbing aku ke jalan yang benar,. bersama2 mengejar redha dan syurga_Nya.. Menjadi kawan, teman, sahabat, dan suami buat ku..
(*walawehhhh... ini sudah sampai tahap wajib kahwin ni aku rase.. ahh sudahhh..)

Selalu aku berdoa,. yang aku akan dibukakan hati dan mata untuk menerima cinta seorang lelaki yang halal buat ku,. dan selalu juga aku berdoa dan berharap yang aku akan ditemukan dengannya sewaktu aku sudah bersedia,.sewaktu aku sudah sepenuhnya mencintai ya_rabb.. ok lahh.. ayat pujangga sangat.. aku berangan berjumpa jodoh kononye kat airpot waktu balik mekah!.. hahhh.. demand khau.. silap2 time tuh aku xingat pon pasal benda dunia2 ni,. haha..

huhh.. penat dah kau..
jauh dah menaip,. puas dapat meuahkan isi hati,. huhu
sempena ramadhan ni,. berharap sangat agar aku dapat menjadi lebih baik daripada sebelum ini,. memperbaiki segala urusan dunia ku,. sekaligus memperbaiki segala urusan akhiratku,. semoga amalan ku tidak sia2,. semoga dosaku diampunkan oleh_Nya.. semoga taubat ku diterima,. semoga mampu ku perbaiki segala amal dan ibadahku, mengikhlaskan segalanya,. hanya padanya,. mencintai tuhanku yang menciptakan langit dan bumi berserta segala isinya dengan berpasang-pasangan.. dan aku bermohon,. moga setelah daripadanya aku datang ke dunia,. hingga akhirnya aku akan kembali kepadanya jua.. dan mencintai nabi muhammad s.a.w yang mejadi sanjungan sepanjang zaman..amin..

#ayat meronggeng ke ape ke pun aku xsure lah yang penting aku sendiri tak tahu kenapa aku ni meroyan sangat.. aku kira,mungkin hormon estrogen dgn progesterone tengah banyak kot,. ape2 je lahh.. kbye

SEAL WITH LOVE
~ ANNIE ~