Sunday, November 25, 2012

cerita selamanya...

aku kau dan dia
kita serasi bersama.
sehati sejiwa,
xsedarah tapi bersaudara,

aku kau dan dia,
kita berjanji setia,
erat, rapat utuh
macam simpulan tali yang takkan terlerai,

itu dulu,
tentang aku kau dan dia.
bahagia kita sementara.

aku kau dan dia,
kini tidak serupa,
warna darah sama xbermaksud hati pun sama,
aku kecewa,
dia derita,
kerana kau dalangnya.

mungkin cinta ini xselamanya,
mungkin cinta ini sekadar sahabat sahaja,
mungkin cinta ini bukan cinta biasa,
segalanya mungkin.

kerana kau, aku terluka,
kerana aku, dia merana,
kerana dia, kau berduka.

aku kau dan dia,
aku harap kita masih lagi bersama,
memegang erat tali persahabatan,
biar cinta itu terus terpahat dihati,
atas satu pengorbanan,

dimasa hadapan,
ada satu harapan untuk aku kau dan dia,
melihat anak cucu cicit kita gembira bersama,
dan disamping kita,
ada suami dan isteri2 kita.
xperlu diungkit kisah lama,
kerana sejarah xkan pernah berubah.

kerana aku kau dan dia,
sahabat selamanya.

No comments: