Thursday, May 31, 2012

~cinta si kekatu~

aku si kekatu,..
hari ini rumahku habis basah ditimpa hujan,..

     "ahh, hujan lagi",..desis ku,..
pada musim2 beginilah banyak muda mudi kaumku berpesta,.
mencari cinta masing2,.

kami kaum kekatu,.
berpesta pada musin hujan,.
kami punya sayap,. walaupun xseindah rerama,.
  ia nya cukup untuk buat kami terbang,.
kami berbadan kecil,..mudah untuk kami mencelah2 untuk berpesta,..

kami suka berpesta,..
"pesta cahaya",..
hari ini,..tempoh masa untuk ke berpesta bermula,..
pertama kalinya,. aku berdebar,.. mencari cintaku,..

tepat jam 6.30ptg
      Kaumku memulakan kerja,.. segala persiapan dilancarkan,.. katanya puteri raja akan turut serta,.
aku juga mulai bersiap,.. aku ingin bertemu cintaku,.
kami memastikan sayap cukup kering,.. supaya dapat terbang dengan pantas,..
 aku mengilatkan sayapku,..sayap kesayanganku,..
aku harus bersedia,..
     bersaing untuknya,.. 

kami dilepaskan beramai2,.. balai perlepasan sedia menanti,..
 "cantik" ..hanya itu yang terungkap,..

kelihatan pengawal2 begitu ramai,.. riuh sekali dengan suara2 kaumku bersama deruan sayap yang mula mengepak,..
       "puteri datang,.puteri datang",.. riuh,.
aku tahu si cantik manis tuan puteri kesayangan rakyat jelata tiba,..
balai tiba2 senyap,..
masing2 terpaku dengan puteri kekatu yang kini sudah sedia untuk mencari cintanya dipesta cahaya,..
hanya bunyi sayap pengawal yang tegap sahaja kedengaran,..

ku lihat padanya,.. puteri,.. 
cantik padaku,. sayapnya kilat,. badannya cukup cantik,.
kelihatan sesungutnya berhayun dengan begitu gemalai bersama liuk lentuk bila dia bergerak,..

kaum diraja kami berbeza,..
takhta di pegang oleh permaisuri,..
cuma permaisuri yang mampu untuk mengembangkan koloni kami,..
kami hanya pekerja,..
       raja pula dipilih berdasarkan ahli yang paling segak dan layak sahaja,..
hanya raja yang akan berdamping dengan permaisuri,..
aku,. salah satu yang terpilih,..

puteri juga dipilih,..
       hanya yang mampu untuk menjadi induk sahaja dipilih sewaktu kelahiran,.
mereka juga berbeza,.. dijaga rapi sehingga tempoh matang sebelum dilepaskan untuk membuat koloni sendiri,..

cuma beberapa detik lagi,..
aku,..bersama2 beberapa calon raja yang lain berada dibarisan hadapan,.. bersama puteri2 itu,..
hari ini,.. 6 puteri dilepaskan,..
   maka,.. 6koloni yang bakal dibina,.. jika mereka mempu melepasi pesta ini,.. mencari cinta,..

deruan sayap kedengaran,..
   sayap mula dibebaskan dan dikibas,..
kami terbang.
    pengawal hanya memantau,.. menghantar sehingga separuh jalan sahaja,.. kami menuju ke pesta yang kami idam2kan,..

     Itu dia,.. cintaku,..
ianya sangat berkilau,.aku terpana,..
cantik,. dan hangat,..
kami berpesta,..sepuas2nya,.. pelbagai aksi mereka tonjolkan demi merebut hati si puteri,..

pagi mulai menjelang,..
kelibat puteri tidak kelihatan,.
sayap2 sudah bertaburan ditanah,.. kaum ku bergelimpangan di tanah2,..
malam itu,.. cahaya lampu cukup panas untuk kami,.. dan mereka yang terlalu taksub,.. akan mati kerana sayap kami tidak kekal lama,.. kami hanya semut biasa,.. tanpa sayap,..

letih,..
aku mendarat di bawah rimbunan kayu yang begitu lembab dan sejuk,.
sama seperti di koloni induk kediamanku,.

sayapku terase lenguh,..
hampir tanggal,..
aku perlu gigih,.. aku xmahu mati begitu sahaja,..
aku xmahu di label 'pecinta lampu' oleh kaum ku,.. berminggu2 aku berlatih untuk menjadi raja,..
aku telah berjanji dengan puteri bongsu yang aku sayangi,.. aku yang akan menjadi raja disampingnya,..
ya,.. janji harus ditepati,.

berjalan dibawah timbunan daun kering,.. sejuk,..
melepaskan segala lelah sambil menikmati keindahan dunia kami,.. banyak makanan disini,.
nasib baik aku mendarat jauh sedikit dari tapak pesta berlangsung,.

sentap,..
sayap itu aku kenal,..
ya aku kenal,.. aku berlari,..
ku tinggalkan sayapku supaya pergerakanku lebih mudah,..
ku sentuh sayap itu,..
terpana,.. ya,.. memang aku kenal,.. tapi dimana,..
mataku meliar,.. sesungutku yang kecil bergerak2,..

maya,..
puteri 6 kesayangan ku,..
mungkin dia xsecantik kakak2 nya,..
tapi dia manis,..
melihat lengoknya sahaja sudah cukup untuk buat aku jatuh cinta,..

sham,..
aku,. aku teman sepermainan maya,..
kami cukup akrab,.. tapi aku cemburu melihat dia bersama kekatu jantan yang lain
dia tahu aku menyayanginya,.
dan kami membuat janji,..
janji yang aku pegang sehingga kini,

aku terlihat pergerakkan,..
disebalik daun2 kering dihadapanku,..
"maya",.
ku panggil namanya,..
 "sham",. maya berpaling,..

detik itu aku tahu,..
maya akan menjadi permaisuri aku buat selamanya,..
dan aku cukup yakin,..
koloni yang bakal kami bina cukup untuk meneruskan ekosistem pada alam ini,..
kami merupakan salah satu generasi simfoni alam,
kami harap generasi kami akan terus berbakti kepada alam,.. meski tidak seberapa,..
ini cintaku pada alam,..
cintaku si kekatu,.. bukan hanya pada lampu,.

No comments: