Wednesday, December 19, 2012

kita xselamanya bersama

dear blogger,..

kita xselamanya bersama,..
kenapa?..
mungkin kita hari ini punya kawan yang sehati sejiwa,
mungkin hari ini kita punya saudara di samping kita,
mungkin hari ini kita punya ibu bapa yang sangat menyayangi kita...

tapi kita xselamanya bersama,
pernahkah kita fikirkan,
setiap permulaan pasti ada pengakhirannya,
setiap yang hidup pasti akan pulang kepangkuannya.

mungkin hari ini, esok atau lusa,
kita akan terpisah,
oleh jarak dan masa,
oleh minda mahupun hati,
hidup ataupun mati,
kerana kita xselamanya bersama,
bukan segala-galanya sama,
buat kita.

terfikir pada si putihnya otak,
terlintas padanya si kotak hati,
sekiranya kita tidak bersama lagi,
apa yang harus aku lakukan,
apa yang mampu aku lakukan,
sekiranya hari ini masih xmampu untuk berdikari sendiri,
sekiranya hari ini masih menongkat pada bahu yang lain,

terbanyang jiwa yang terkontang-kanting pada hari esok,
sendiri,
sepi,
sunyi,...
tanpa teman,
tanpa sesiapa disisi,..

ya,
kita xselamanya bersama,
tapi aku xberharap kita berpisah,
meski perpisahan itu tetap akan terjadi,
kerana yang datang pasti akan pergi.

kita xselamanya bersama,
tapi "dia" tetap disisi kita,
sama ada kita alpa mahupun leka,
meski kita kecewa mahupun gembira.

meski esok kita tidak bersama,
meski esok bukan milik kita,
meski hari ini kita bertemu,
meski hari ini kita bersatu,
dia tetap ada,
jangan kita lupa,
pada pencipta yang maha esa,
pada pencipta yang maha kuasa,

kita xselamanya bersama,
bukan bermaksud kita sendiri selamanya,
ingatlah padanya,
mohonlah padanya,
dia yang maha besar, pengasih dan penyayang.
cinta yang agung,
dia yang satu.

usah khuatir jika aku menghilang hari ini,
usah risau jika mereka pergi esok,
sekiranya kita sudah bersedia pada takdirnya,
sekiranya kita tetap percaya padanya,
sekiranya kita berpegang pada agamanya,
dia pasti ada menemani kita,
kerana kita xselamanya bersama..

2 comments:

krunch2sa said...

sedih kot baca post ni....

Syazwani Annie said...

luahan hati,.. ehh,.. tettttt :P