Wednesday, January 9, 2013

aku adalah aku..

petang tadi,
aku pulang dari makmal kimia,
seperti biasa, seorang diri.......

mengatur langkah meninggalkan perkarangan medan formula experimental alphabet yang penuh dengan perperangan antara minda dan soalan,.
menuju ke sebuah alam yang terpisah yang penuh dengan mimpi dan lena kami,..

rintik hujan mulai bising mengetuk zink bumbung pejalan kaki kampus beting, UiTM n9,.
lamunan ku terhenti ... muzik mp3 ku senyap,. membisu
tertera dikaca muka handphone putihku..

" 1 message receive"

"wani,ko ok x?" _ H

*mengerutkan dahi
"kenapa??..." _Me

"mcm sdih je" _H
 " :) " _Me

. . . . . . .  . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

aku menekan butang volume ke tahap yang paling kuat,
satu tahap dimana aku akan berada dalam khayalan ku yang tersendiri,
dunia ciptaanku,...
aku tersenyum dalam makna....

sahabat,
dia sentiasa disisi,.. dari dulu sehingga kini,
tapi maafkan aku kawan,
bukan semua benda aku boleh ceritakan kepada kau,
kerana kau xkan faham apa yang aku rasakan selama ni,
sepanjang hidup aku ini,
kau xkan pernah faham....

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

aku xharap kau mengerti,..
aku xharap kau simpati,..
tapi aku harap kau buka mata dan buka hati...
bukan semua manusia tu sama macam kau,
seperti yang kau fikirkan,..

aku diajar untuk hidup dengan fikiran yang jauh melangkau umur aku,
aku diajar dengan sesuatu yang kau xkan pernah fikir,
aku belajar matematik tahap 6 sewaktu aku berada ditahap 2,
aku belajar dan bereksperiment dengan segala benda disekeliling aku,
aku belajar untuk mencabar minda aku sendiri,
suatu yang xkan terjangkau oleh fikiran kau,..

tapi aku pernah hanyut,
aku lemas dalam lautan manusia seumur dengan aku,
yang hanya sibuk dengan dunia, hati dan perasaan,
aku lemas dalam dunia yang penuh dengan kanak2,..
dan aku kehilangan semuanya...
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  . .  . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
sedih..
haruslah.

tapi xguna kalau aku terus bersedih,..
kerana aku xkan dapat capai apa yang aku mahu dengan terus bersedih..
aku xkan mampu teruskan hidup aku kalau aku xtabah..

aku percaya semua ini punya hikmah,
dan aku sentiasa percaya tuhan itu maha adil,.
jika dia ambil sesuatu daripada kita,
dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik,..
dan aku kan berusaha untuk itu,..

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
aku tahu,.
bukan semua dapat fahami aku,.
ya , bukan semua...

ini kerana aku punya satu matlamat,
menjadi seseorang yang lain daripada yang lain,
aku xmahu yang biasa2,..
aku xmahu menjadi sesuatu yang sama seperti orang lain,
aku mahu menjadi diri aku sendiri,
aku mahu menjadi sesuatu yang tersendiri yang akan membuatkan orang ingat akan aku,.

pelik?
ya, itu aku,.
sangat demand
kerana aku mahu yang terbaik untuk diri aku,
itu aku,.

aku,.
xsama dengan kau,
aku biasa sendiri,
dari dulu hingga kini,...
percaya lah,..
banyak lagi yang kau xkan faham tentang aku,..
banyak lagi yang kau xpernah percaya tentang aku,..

kerana aku adalah aku,.
bukan kau,.....
...........................................................................................

3 comments:

krunch2sa said...

sahabatku...jangan biarkan amarah menguasai diri....

MEET ME EJ said...

kalo ada pape nak share,i will be ur side..dont be sad

Syazwani Annie said...

kerana sahabatku sentiasa disisi,... cuma manusia2 yg yain je yang xfaham apa yang aku rasa,.. assume semua sama je,.. tq friends,..
Cc: EJ & krunch