Tuesday, September 24, 2013

37 jam lagi.

Dear blogger,.
its final exam fever,
again,
place= uitm kuala pilah.

..................................................................................................................

sebagaimana adrenaline yang dihasilkan mengalir tanpa henti,
begitu juga masa berlalu,
bersama dakwat pen,
kertas A4 yang melambak2 diatas meja,
dan juga whiteboard yg tak punya rupa.
semuanya,

mcm tu jugak aku,
rase demam semalam baru saja kebah,
tak terdaya nak melawan tugas,
bangkit semula menawan jaya,
penat,
exhausted.
huhhh..

..................................................................................................................

bila mana masa mula berlalu,
berlari-lari aku mengejarnya,
terjatuh-jatuh, bangkit semula,
bersakit-sakit menggapainya,
harus terus berlari,
biarlah jatuh bagaimanapun,
luka bagaimanapun,
sakit bagaimanapun,
aku perlu tabah,
aku perlu gagah,.
selagi nyawa dibadan,
selagi nafas belum terhenti..

tapi sampai bila aku harus terus berlari,
bersama luka jatuh bangun ku?,
sampai bila persoalannya,
sampai bila?..

....................................................................................................................

mungkin ini bukan yang terakhir kali aku alpa,
lupa,
mungkin ini bukan terakhir kali jatuhku tanpa disambut,
didukung,
mungkin ini bukan terakhir kali bahasaku dinilai,
ditimbang, dibaca,
oleh mata-mata yang melihat,
hati-hati yamg memahami,
jiwa-jiwa yang mengerti,..
 ketahuilah..
satu pesanan buat kamu dari aku,
meski kita tidak mengenali,
tapi dari tulisan ini engkau memahami aku,

meski tidak disambut untuk kesekian kalinya jatuhku,
aku tahu,
dan memesan pada hati,
tuhan itu sentiasa bersama,
ayah ibu sentiasa mendoakan,
sahabat sejati sentiasa menyokong,
meski dari kejauhan,
meski tidak kelihatan,
tetap ada,
dalam hati,. selamanya.
meski sakit itu engkau sendiri yang rasa,
ingatlah saat kau berjaya,
sebanyakmana engkau sakit,
sebanyak itulah engkau gembira.
tuhan itu maha adil.
kerana_Nya pencipta langit dan bumi,
Maha pengasih lagi Maha penyayang.

 Lurve
~forever young~
Annie@Yui

No comments: