Sunday, October 28, 2012

siapa dihatiku?





aku berangankan menjadi cinderella yang tak mungkin wujud ceritanya di alam nyata,.
         menaiki kereta labu unik,. memakai kasut kaca yang mungkin sempit,. hidup bahagia dengan putera idaman igawan seluruh rakyat jelata dunia?
mungkinkah dia?
atau dia?
tapi siapa dia?

khayalannya yang sentisa menjelmakan dirinya dalam minda disetiap malam2 tidurku, disetiap angan2ku, malah disetiap waktu sepiku,...bisa melekakan jiwa minda seorang dara, meruntuhkan tembok keangkuhan dunia dengan cinta yang sukar untuk ditafsirkan? apakah semua ini?..

     aku mencari sebuah jawapan dari kotak minda dan fail2 sejarah lama yang berhabuk dalam memori ingatanku... menyelongkar segenap rasa dari lubuk hati yang jauh terpenjuru,.. mengintai dari penghujung sudut mata ke jendela dunia yang imejnya sentiasa bertukar setiap saat dengan pelakon2 yang melakonkan watak masing2 tanpa bayaran,.. wayang gambar 3D percuma setiap hari... tapi pelakon manakah yang menjadi pujaan hati? adakah tetap pelakon dengan watak palsu dengan muka yang cantik bersama bahasa yang indah2 belaka atau pelakon sebenar yang mungkin tampil dengan wajah mengerikan dan berbahasa kampung,.. siapa?,. janji bertamadun.

      dari segenap bahasa dan coretan2 yang mewarnai helaian kertas2 putih umpama sebuah lukisan pemandangan seorang pelukis,.. mampukah susunan ayat2ku ini menjadi begitu bermakna sebagaimana potret monalisa yang mampu mencuri hati meski telah berabad lamanya? menatap pada bait2 kata indah yang diabadikan dalam alphabet... aku keliru
hanya jauhari yang mengenal manikam.

    aku menanti pada setiap detik degupan jantungku, disetiap saat helaan nafasku, disetiap ketika kerdipan mataku,..kau hadir memenuhi segala mimpi2 yang tak mungkin logik dalam fikiran manusia,..menjanjikan bahagia melampaui fiksyen2 sains dan sastera utama epik sejarah cinta dunia,..mampukah aku menunggumu sehingga tiba detik waktu itu?...melihat kau hadir membawa hati yang ikhlas dan suci sejernih embun pagi yang xmungkin dilihat pada mata,.hanya mampu dirasa kehadirannya..

kau dihatiku,

aku bukanlah seorang pelukis ternama yang mampu mewarnai hidupmu dengan lukisan2 dunia abstrak dan potret kenangan lalu,. aku bukanlah penyanyi yang mampu menyanyikan lagu untukmu setiap waktu,menjadi dj dihari2 bosanmu dan menjadi suara lullaby untuk mendodoikan tidurmu,.. aku bukanlah pelakon terbaik untuk menjadi karekter idamanmu,melakonkan watak kegemaranmu,dan menjadi sesuatu individu yang kau mahu,..
     aku juga bukanlah matahari yang mampu menyinari harimu, menghangatkan duniamu yang basah ditimpa hujan atau kedinginan dihembus awan gemawan selembut kapas...

tapi,
    aku bukanlah tikus perosak yang cuba untuk membaiki labu,..meski keju segunung kau beri.
aku bukan manusia tamak mahukan segala kekayaan,..meski hanya kasih yang mampu kau janji.
aku bukan manusia gila yang mahukan segalanya ,..meski aku tahu ianya tak akan terjadi.

aku cuma manusia biasa,..
     menanti seorang putera jiwaku hadir membawa pembalut luka merawat sakit dijiwa ini,membalut luka dihati,.. aku manusia biasa yang xmampu menjanjikan apa2 yang luar biasa kerana aku takut aku xmampu mencapainya ... aku hanya mampu meluahkan segenap perasaan yang terkunci didasar hati ini dengan kata2 dan bahasa susunan diatas helaian2 kertas dan dimuka2 blog yang ku cipta.. alam maya dan alam siber..
dan aku,.
akan tetap memastikan jari jemariku ini terus menari bersama pensel dan pen mahupun diatas lantai keyboard agar susunan kata ini terus indah menjadi tatapan mata ...

 siapapun kau?
siapapun dihatiku?
aku berharap,.. ia adalah yang terbaik buatku,..
aku akan  tetap menunggumu sehingga ke penghujung nafasku,detik akhir degupan jantungku,.

with lurve,
~mohabbatein~
annie.

No comments: